You are currently browsing the category archive for the 'Undang-undang' category.

Posting ini tiada kaitan dengan rangkaian telefon mana paling bagus atau sewaktu dengannya walaupun saya pernah memakai kedua-duanya sekali sebelum ke UK dulu. Cuma akronim dua subjek yang daku ajar semester ini MTC012 dan MTC016. Maka kali ini daku mahu berkongsi sedikit pengalaman dan nasihat pabila mengajar kedua-dua subjek prelaw.

Read the rest of this entry »

Tertarik pada forum Utusan berkaitan kononnya kerjaya guaman dicemari agak menggeletek diriku. Daku tersenyum kambing saja pabila membaca ngomelan penulis yang nampak seolah-olah peguam ini gemar mencetuskan ‘kekacauan’ dan ‘menggugat’ kestabilan negara. Berdendam sungguh individu bernama Amir Hamzah (serupa pula namanya dengan peguam hak asasi terkenal di negara kita) terhadap kerjaya yang mulia ini. Tidak tahulah samada penulis forum yang mengaku baru balik dari luar negara merupakan ‘drop out’  mana-mana sekolah undang-undang, barangkali.

Read the rest of this entry »

Semalam daku menonton rancangan hujah berkaitan isu perundangan di Perak. Sebelum ini kita digemparkan dengan halangan pemimpin UMNO bertanding jawatan dalam pemilihan parti.

Apa signifikan kedua-duanya? Daku tidak berminat untuk mengulas apa jua teknikaliti dan prosedural berkaitan kedua-dua isu sebegini namun hakikatnya walau sebanyak mana pun perundangan digunakan ia tidak menyelesaikan banyak masalah malahan merumitkan keadaan lagi.

Read the rest of this entry »

Hujung kolum  Brave New World Dr. Azmi Shahrom  di The Star menulis beliau sebagai ‘law teacher’ jadi daku pun boleh menganggap diriku sebagai cikgu undang-undang sebagai terjemahan, sedapkan bermain dengan perkataan, haha

Read the rest of this entry »

Semalam daku ke Temerloh. Memang dalam ‘plan’ hendak mencari koleksi buku-buku yang dimaksudkan. Tak payah nak pergi Hulu Kelang mencari buku-buku DBP kali ni.

100_2045

Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia terbitan DBP. Tahniah pada DBP kerana akhirnya berjaya mengumpulkan karya undang-undang berbahasa Malaysia yang amat bernilai untuk generasi masa akan datang. Walaupun menghabiskan RM500 untuk semua 14 koleksi tetapi sekurang-kurangnya dapat menjadi sumber rujukan paling berguna lebih-lebih lagi bagi daku di kala mahu memulakan ‘research’ kelak. Walaupun tidak mencakupi kesemua bidang undang-undang tetapi usaha sebegini haruslah dipuji dan sekurang-kurangnya usaha mendaulatkan bahasa kita juga mempunyai hasilnya. Bagi daku, siri ini juga mempunyai beberapa jilid atau judul yang boleh ditambah seperti undang-undang tanah, harta intelek dan antarabangsa awam bagi meguatkan lagi siri ini. Mungkin juga boleh ditambah untuk masa depan.

Read the rest of this entry »

Tulisan Tan Sri Abdul Aziz Abd Rahman berkaitan penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah dalam Mingguan Malaysia menarik perhatian. Perkara sebegini memang selalu dipinggirkan atas alasan kononnya bahasa Inggeris lebih dominan pengunaannya di mahkamah. Barangkali lebih tepat dan sampai maksudnya. Malahan kalau kita perhatikan kebanyakkan perjanjian sekiranya berlaku kekhilafan atau ketidakfahaman dalam sesuatu perkara, maka dokumen dalam Bahasa Inggeris menjadi rujukan utama.

Tidak dinafikan akan kepentingan berbahasa Inggeris terutamanya dalam dunia perundangan. Itu memang tiada pertikaian. Namun pengabaian terhadap bahasa Malaysia memang agak ketara. Tidak semua peguam, hakim dan pendakwaraya fasih berbahasa Melayu. Ada memberi alasan konon tidak sampai maksud, susah mencari terma-terma yang sesuai dan pelbagai alasan titik bengik yang tiada kesudahan.

Sebenarnya alasan yang mudah ialah diri kita sendiri. Kita yang tidak berbangga dengan bahasa kebangsaan kita. Ada juga mentaliti mengatakan bahawa kononnya apabila kita menggunakan bahasa Inggeris maka pemikiran kita tinggi dan sebaliknya bagi bahasa Malaysia. Jadi siapa mahu mendaulatkan bahasa rasmi kita lagi? Menjadikan alasan konon semua bahan rujukan berbahasa Inggeris dan susah untuk diterjemah ke bahasa Malaysia adalah alasan dangkal. Tidak perlulah mengatakan kononnya faktor sejarah, Seksyen 3 dean 5 Akta Undang-undang Sivil 1956 membenarkan penggunaan undang-undang Inggeris menjadikan semuanya serba mustahil untuk dilaksanakan.

Yang penting sebenarnya adalah kehendak dan kemahuan kita untuk menggunakan bahasa Malaysia di mahkamah. Sekiranya golongan tua yang tebal dengan penggunaan bahasa Inggeris berasa amat ego dan kononnya menggunakan bahasa Malaysia ‘tidak kelas’ perkara ini tidak akan kemana. Inilah masalah apabila perangai lebih ‘Mat Salleh’ dari ‘Mat Salleh’ sendiri melanda orang-orang kita.

Penggunaan bahasa Malaysia di mahkamah sebegini sudah lama dibangkitkan sejak zaman Tun Hamid Omar menjadi Ketua Hakim Negara dahulu. tapi hasilnya hanya berkesan di peringkat mahkamah rendah tidak mahkamah tinggi. Cadangan mewajibkan ujian bahasa Malaysia bagi pengamal undang-undang memang sudah dilaksanakan tetapi hakikatnya kita masih selesa dengan keadaan lalu.

Samada suka atau tidak, kita memang tidak mahu berubah pun baik sikap atau mentaliti terhadap bahasa kebangsaan kita.

Saya begitu penat menelusuri susur galur ASEAN apabila membicarakan persoalan demokrasi. Berjumpa dengan penyelia mengatakan begitu sukarnya saya untuk menggunakan pendekatan undang-undang dalam sudut demokrasi di ASEAN. Ya memang betul maka daya telah ‘disuapkan’ dengan beberapa artikel agar kebuntuan saya pecah.

Saya akui apabila membicarakan persoalan demokrasi ini sesuatu yang sensitif. Tahukah anda bahawa demokrasi bukan semata-mata berkaitan dengan kerajaan sahaja tetapi juga meliputi persoalan ekonomi, sosial terutamanya dalam menwujudkan ASEAN Community Caring Society? Sekali lagi saya menjadi geram kerana apabila saya meneliti beberapa ’summit’, ‘report’ dan ‘concord’ berkaitan demokrasi hanyalah semata-mata omongan kosong tanpa dilaksanakan dengan jitu. Isu Myanmar umpamanya, sampai hari ni gagal disepakati malahan saya agak prejudis adakah dengan ratifikasi Myanmar ke dalam ASEAN Charter akan menyelesaikan semua itu.

Terlalu banyak lompong-lompong yang saya lihat dan saya adakalanya menjadi seperti hilang arah dalam menentukan ke mana arah thesis saya. Sehingga Sept ini saya kena pecahkan kebuntuan ini. Tetapi saya harus yakin bahawa tiada apa yang sempurna. Dr. Richard katakan pada saya ‘Don’t worry Ikmal’ dan saya juga agak khuatir kerana jarang berjumpa maklumlah Postgraduate Director. Tetapi saya akui pendekatan beliau sangatlah rileks dan dia memahami kesukaran saya menyusun idea-idea yang bernas.

Itu baru thesis master, kalau PhD entahla, no comment………..

I really delighted to hear the news from our Ministry of Foreign Affairs Dato Dr.Rais Yatim who suggested that the new ASEAN Charter should implement the human right values based on our value as Asian (read here). It’s really a good move by Malaysia since we always think that our HR values relied solely on Western perspectives. Well, in my view, we should acknowledge the existence of our own values when discussed about HR. For examples on the respect towards old people, tolerance with different cultures and religions and of course provided intellectual discussion amongst ASEAN members especially regarding on political, economy, rule of law and security issues.

I always believed that ASEAN can emerge as strong regional organisation even with such complexity of problems and challenges. Doesn’t mean that we need to follow exactly other examples but ASEAN need it’s own identity to emerge as new global regional organisation to cater any future threats and provided solutions to deal with pertinent matters. Classical Myanmar issues, SIngapore’s first world, multicultural of Malaysia are the good examples to show how ASEAN members varied and complement each others.

These are the unique identities that ASEAN should promote and enhance for better co-operation!

When I heard the news that Prof Shad had launched a new book Document of Destiny, The Constitution of the federation of Malaysia, I was really delighted (so sad, why I miss it!) and proud of my ‘mahaguru’ who taught me the importance of appreciate the law to help the society. (read his inspiring speech here). Finally Prof Dr. Shad Saleem Faruqi who did his PhD under Tan Sri Ahmad Ibrahim in 1990s, has published something that’s very crucial publication not for our faculty but also towards the society. I always express my gratitude towards him if he wrote something about law especially when he said in an article that i kept read it always that ‘Law is a journey not destination!. I’m the avid follower of his column Facets of Constitution since 2000 in The Star and currently Reflecting on the Law in same newspaper.

My batch was lucky since he taught us two subjects including Constitutional Law II and Jurisprudence II. At that time I always remember that he was so passionate about the our constitution and made us understand that the document is not mere for exams and articles only but how to appreciate and understanding the spirit of ‘constitutionalism’ among Malaysian. I don’t know how to express my feeling when I attended his class but for all I salute his contribution towards FUU UiTM since 1970s. He is so special towards our legal academia.

I hope that one day I would follow his footstep, even though I’m not the holder of first-class honours law degree with distinction LLM like him. Anywhere, he is so humble when it comes to teach us and I remember he said sorry if someone would be offended by his opinion. This is really great law teacher we have for 30years since. On the other hand, I really inspired about his ability to write about law and constitution even his schedule was so hectic with classes or maybe any seminars or consultations. Nevertheless, he reminded me how to appreciate the uniqueness of Malaysia by looking at our historic and supreme Constitution. Thanks prof…I’m really proud to become your student!:)

Hari ni baru saya boleh berehat panjang selepas penat berjalan-jalan dengan kedua-dua mak ayah saya dan anak saudara pertama saya. Mereka amat suka berjalan-jalan di bumi Anglo Saxon ini dari London, Hull, Scarborough, York, Manchester dan Liverpool. Walaupun ‘dimarahi’ kerana membawa mereka shopping ‘last minute’ tetapi itulah yang terpaksa saya lakukan (nasib dapat shopping) sebab kalau tidak rambang mata membeli belah. Sedangkan kawan seDPA dan seLLB saya, Hafiza Johari datang London pun boleh borong macam-macam apatah saya di sini. Mau saja borong pakaian untuk kerja yang begitu mengancam dan mantap siot terutamanya baju kemeja dan kot yang berkilat ‘ala-ala David Beckham’ saya gelarkan!Hahaha

Oleh kerana minggu depan, saya akan berjalan sekali lagi ke Amsterdam, Brussels dan Paris, London, Newcastle dan Durham (jalan je sekali harung) maka saya mencuri masa yang sedikit untuk mencari bahan ‘dissertation’ saya yang akan ’submit’ September nanti. Memang kena mencuri masa dan syukur kerana tajuk saya iaitu “Legal Aspects of Promotion and Protection of Democracy in ASEAN Charter’ sudah diluluskan dengan jayanya beserta dengan proposal sekali! Yahoo…lepas balik boleh mula menulis.

Saya mula meminati kaitan antara Democracy dan International Law sejak semester lepas bersama Dr Richard merangkap supervisor saya. Di Malaysia persoalan demokrasi lebih ditekankan dalam aspek politik dan agama tetapi pendekatan undang-undang antarabangsa agak terabai. Maka dengan rasa tanggungjawab pada UiTM dan minat saya mendalam maka ’specialisation’ ini adalah sesuatu yang menarik untuk diterokai. Awalnya saya berhasrat untuk membuat kajian dalam bidang ‘territorial dispute’ dan ‘law of war’ tetapi malangnya saya tiada ‘mood’ untuk meneruskannya. Jadi bila jumpa bidang yang betul-betul kena pada jiwa saya maka dengan pantas saya teruskan. John Crawford dan Thomas Franck adalah antara generasi terawal melihat perkaitan demokrasi dan IL melalui konsep democratic governance semenjak runtuhnya Soviet Union pada tahun 1990 walaupun UDHR 1948 memperakui akan wujudnya sedikit elemen demokrasi (ini tidak dipersetujui oleh pensyarah saya kerana terlalu sedikit perkembangannya sebelum 1990).

Apa pun saya mengharapkan kajian saya akan memandu Malaysia dan ASEAN dalam perkembangan IL terutamanya untuk kajian Centre for ASEAN Studies di UiTM. Doakan saya dapat menyiapkan ‘LLM Dissertation’ saya dengan jayanya!