You are currently browsing the category archive for the 'Sosial' category.
Seperti yang daku janjikan daku ingin menceritakan pengalaman peribadi pabila bersembang dengan rakan-rakan dan sahabat handai pabila seseorang itu memilih kerjaya pensyarah. Bukan mahu melebih-lebihkan kritikan mereka namun atas dasar keprihatinan maka daku mengulas sedikit demi sedikit.
Yasmin Ahmad sudah tiada.
Seorang pengarah yang bagiku amat kreatif dan tiada penggantinya. Tidak rugi menonton filem Yasmin sebenarnya, walaupun daku agak ralat kerana ‘gagal’ menonton filem TalenTime atas sebab aku seorang je yang beli tiket malam itu dan disuruh tengok filem lain.Hait!
‘Kamu ni terlalu analitikal sangat, den tak terhadam ngan apo ekau fikir.’ ujar seorang rakan sejawatan.
‘Tapi apa masalahnya saya berfikiran sebegini?’ tanya saya pula.
‘Takda masalah tapi kamu dalam bahaya!Nak kene label pro itu dan ini ke? Nak ko kene diskriminasi nanti? orang Malaysia bukan macam orang UK dik’ tambahnya.
Merupakan subjek kegemaranku sejak dulu lagi walaupun tidak pernah menang pelajar sejarah terbaik di sekolah pun. Mungkin juga kerana daku minat bercerita jadi sejarah amatlah sesuai dengan jiwaku.
Semasa di sekolah mahu tidak mahu kita terpaksa mengambil matapelajaran Sejarah sebagai satu kewajiban mutlak bagi SPM. Hanya disogokkan buku teks keluaran DBP sebagai sumber utama. Tidak pula kita diwajibkan merujuk pada sumber-sumber lain kecuali buku rujukan Sasbadi dan Pelangi. Barangkali tidak mahu membebankan pelajar kerana kononnya Sejarah tak penting, tak boleh cari makan, nak jadi lawyer amiklah Sejarah, Sains kan lebih ‘gempak‘ daripada Sejarah. Pandangan streotype tika itu dan relevan hingga kini ya.
“Dik ada paper Sunday Star?’ melilau mataku melihat timbunan surat khabar.
‘ Oo encik nak cari paper omputih tu ya, takda kat sini, ada pun NST ni, 3 naskah je’ beritahu si gadis jurujual.
‘Jangan join Facebook, itu ajen CIA nak korek maklumat’ ujar seorang sahabat.
‘Pemimpin polan bin polan punya akaun dalam Bank of Israel, agen Yahudi ni’ makluman dari pelbagai web.
‘April Fool adalah sambutan tanda kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol’ email seorang kawan juga.
“Encik, boleh kami pinjam buku rujukan encik sebab buku di library dah habis, tolongla encik.’ telefon seorang siswi saat-saat akhir sehari sebelum ‘dateline’ kala mahu hantar assignment .
‘Habis tu kalau dah tau habis, kenapa tak mau buat topik lain ha? Saya dah senaraikan 7 topik kamu tak nak pilih topik lain? sindir daku.
—–
Encik, kami nak mintak tolong encik, urgent ni, kami takda penasihat nak ke Johor esok, boleh encik jadi penasihat kami ke sana? telefon seorang siswi dengan suara kesiannya.
‘Dah tau kamu nak buat lawatan esok kenapa bagitau saya hari ni, mana pergi penasihat kelab kamu ni,?silap kamu tak follow up perkara sebegini, so silly.’ bebelku di telefon.
——
‘Encik, boleh saya pinjam buku encik sebab saya tak bawa buku nak buat soalan tutorial ni.’ minta seorang siswa.
‘Ooo dah tau tutorial kenapa tak nak bawa buku? kamu memang tak serius belajar. Nak saya halau kamu keluar kelas sekarang!’ ‘Terpaksa’ jua ku hamburkan padanya.
———
Temuramah Prof Tan Sri Dr Khoo Kay Kim di Utusan Malaysia hari ini 4 Mac 2009 menggamit hati daku ingin meluas kembali akan konflik yang berlaku di negara ku tercintai. Semuanya gara-gara kejahilan kita menguasai ilmu dan apabila kita sejak dari awal tidak menekankan kepentingan negara dan memahami sejarah dan perlembagaan dari sudut sebagai seorang rakyat. Betapa jahil sesetengah kita rupanya. Tetapi daku tertarik apabila beliau berkata:-
‘Malangnya sistem pendidikan kita mementingkan sains dan matematik bukannya undang-undang dan sejarah.‘
Ya daku bersetuju dengan intipati temuramah tersebut. Daku pernah mengulas akan ketidak seimbangan ini. dalam postingku terdahulu. Kalau di US setiap pelajar tidak kira perubatan, kejuruteraan ataupun sains akan diajar untuk memahami perlembagaan Amerika dan sejarahnya. Tetapi adakah sistem pembelejaran kita menekankan semua itu?
‘Agency relationship may exist between husband and wife’ ujar daku ketika mengajar pengenalan topik Law of Agency tadi.
‘So there is presumption that wife can pledge her husband’s credit for necessaries suited to their style of leaving unless husband can be rebutted…blablabla.’ syarahan daku tadi dan kemudian daku menyambung.
‘Anyway, all the guys should know your responsibilities when marriage yea, lelaki kene bayar nafkah kat isteri, ada paham?’
I really want a Muslim Leader can show to the world especially Israel and US that we also have the strong voice. And now Erdogan had proved it true!Just walked out from Davos after getting the unfair treatment over the forum on Gaza. how can Peres been given more time compare with Pm Erdogan? It show some Western paranoid over Islam, we can’t be given ample time to defend ourselves.
Watch Mr. PM Erdogan of Turkey remarks below:
