You are currently browsing the category archive for the 'Personal' category.
Saya agak berkejaran tahun ini. Bukan sekadar majlis besar itu tapi juga berkaitan dengan kerjaya saya. Selesai sahaja semester yang memenatkan ini saya masih ternanti-nanti bilakah masanya untuk saya mennyambung penulisan untuk penyelidikan pengesahan jawatan saya.
Maaf lambat mengemaskini blog gara-gara sibuk menanda hampir 8 bungkusan skrip jawapan pelajar. Yang pasti macam-macam tulisan dan jawapan yang ‘macem harem’ telah kusemak dan diberi markah sewajarnya walaupun saya dianggap ‘lenient’ oleh Kak Farah dan Shatrah kerana bilangan yang gagal tidaklah terlalu ‘brutal’ (ehem!) jumlahnya. Tunggu saja keputusannya.
To all my students ‘No news is considered as good news’ so never asked me any questions regarding your results.
Posting ini tiada kaitan dengan rangkaian telefon mana paling bagus atau sewaktu dengannya walaupun saya pernah memakai kedua-duanya sekali sebelum ke UK dulu. Cuma akronim dua subjek yang daku ajar semester ini MTC012 dan MTC016. Maka kali ini daku mahu berkongsi sedikit pengalaman dan nasihat pabila mengajar kedua-dua subjek prelaw.
‘Dr. let me think first’ ujarku yang pasti agak serba salah menerima pertanggungjawaban yang agak berat ini.
Bagi seorang pensyarah jawatan pentadbiran barangkali sesuatu yang lumayan dan mungkin juga sesuatu yang menggerunkan. Masa kan tidak dengan jawatan pentadbiran barangkali masa untuk menyelidik dan menulis boleh jadi bisa singkat. Atau juga peluang mahu naik pangkat dan popular di media-media massa kononnya lah.
Seminggu para pelajar ini bercuti kebetulan pula cuti ASASI adalah serentak dengan cuti semester terbaru uitm kali ini. Gara-gara H1N1 rupanya.
Yang pastinya tiada cuti buatku kerana mahu menyiapkan pelbagai soalan assignment dan test bagi para pelajar ini. Dengan bilangan yang ramai maka daku terpaksa membahagikan masa dengan baik untuk menyiapkannya. Belum lagi untuk menanda lebih 200 skrip yang memang saja mengambil masa yang lama. Demi tanggungjawab daku merelakannya.
Sudah lama tidak menitip khabar berita.
Kesibukan itu adakalanya mengasikkan bagi mereka yang menyukainya.
Tetapi adakalanya memeningkan kepala sampai tiada idea mampu dijana untuk blog yang dahulu begitu aktif.
Seperti dikatakan dahulu, pengorbanan besar harus dilalui untuk kejayaan gemilang.
Dan daku sedang melalui pengorbanan yang besar itu.
Bukan mahu wang ringgit matlamat utama tetapi kepuasan menyampaikan ilmu.
Walaupun adakala semangat luntur namun terpaksa dikuatkan jua.
Senantiasa perlu muhasabah diri untuk mencari damai dan keindahan hidup.
Jadi apakah penyelesaian terhadap keserabutan ini?
Dua minggu sudah mula mengajar di sini. Agak terabai jugalah diri ini gara-gara posting mengejut tanpa surat rasmi lagi. Haiyo.
Itu tidak lagi mengejutkan berbanding dengan keadaan di sini. 360 pelajar ASASI Undang-undang dengan hanya 3 orang pensyarah dan daku terpaksa ‘diimport’ ke sini untuk mengimbagi bilangan yang dah memang terlalu ramai!
Geleng kepala saja daku melihat keadaan pelajar di sini. Itu belum masuk fasiliti dan buku-buku di kutub khannah yang agak menimbulkan satu persoalan di hati.
Ya, saya agak kekeringan idea barangkali kelelahan untuk menulis sesuatu untuk disumbangkan pada universiti. Semangat yang berkobar-kobar ini pun boleh luntur jika kebuntuan ini tiada penyelesainya. Saya akui agak cemburu pada mereka yang komited melakukan penulisan ilmiah dan mungkin juga saya kehilangan sentuhan sejak pulang ke tanah air. Blog tidak sama dengan penulisan akademik yang memerlukan ketelitian footnote nya, quotationnya yang membuatkan mereka yang tidak tahan mahu saja membaling apa yang ada kalau tidak sabar dan tekun melakukannya.
Pulang ke rumah mengambil transkrip akademik LL.M untuk temuduga jawatan tetap pensyarah selasa ini. Dihantar secara berasingan oleh pihak universiti. Barangkali atas sebab keselamatan dan pengesahan penerimaan skrol terdahulu, agaknya lah.
Daku rasa amat bertuah pada tahun ini dapat ke pesta buku yang ditinggalkan sekali sahaja pada tahun lepas kerana melanjutkan pelajaran ke luar negara. Dan lebih istimewa lagi daku pergi atas nama universiti untuk memilih buku-buku perundangan yang sesuai untuk koleksi kutub khannah di tempat yang orang bilang agak ceruk.
