You are currently browsing the category archive for the 'Motivation' category.
Salah satu perkara yang bila kukenang-kenang kembali sebelum tidur ialah kenapa daku memilih kerjaya pensyarah bukan ‘loyar’,majistret, pendakwa dan yang sewaktu dengannya. Bukan sedikit yang mengatakan padaku. Malahan ada juga rakan-rakan sekolahku bertanya kenapa tak mahu praktis dan mengamal? (Apa ingat jadi pensyarah undang-undang ni tak bergelumang dengan ‘law’ ke?Silly question).
Daku harus bersyukur dengan apa yang daku perolehi sebenarnya walaupun pada hakikatnya daku bukanlah orang yang layak sepenuhnya memikul tanggungjawab yang berat ini. Mungkin juga berkat doa kedua ibu bapaku yang memang tak nak anak sulung mereka ini jadi peguam, ikut jejak langkah mereka lebih sesuai. Dan daku percaya restu kedua orang tua penting juga dalam memilih kerjaya walaupun daku tahu ramai juga yang berperang gara-gara tidak mempunyai pandangan yang secocok dengan ibu bapa dalam pemilihan kerjaya.
Lama juga tidak update ini blog.
Lantaran kesibukan dan barangkali juga kekeringan idea untuk menulis.
Tapi yang pasti dalam kesibukan itu saya jumpa sesuatu yang mungkin juga baik untuk diri ini.
Wahai pelajar sekalian, ingatlah tiada jalan singkat untuk berjaya. Perlu usaha yang gigih.
Tanpa kegigihan kejayaan tidak bermakna. Perlu diulang banyak kali agar kalian tidak leka.
Jangan risau ‘test’ kalian. Ada yang bagus ada juga yang dot dot dot
Apa yang disemai itulah yang akan dituai.
Selamat berpuasa semuanya
(dan yang pasti amat seronok juga membaca blog pelajar saya :p)
Tidak semua orang boleh mengajar dengan baik. Salah satu perkara yang daku pelajari dalam tempoh yang singkat ini adakala perkara atau subjek yang kita minat sekalipun sudah berasa sukar bagi kita untuk memahamkan orang lain.
Contoh mudah, bagaimana mahu mengaitkan isu moral, keadilan dan undang-undang. Terlalu banyak polemik dan isu-isu berbangkit namun untuk menyelesaikan semuanya adalah sesuatu yang rumit dan kompleks. Jadi adakah mereka boleh memahami satu idea yang abstrak dan bersoal jawab dengannya tanpa berasa boasan dengan ketiadaan jawapan yang mutlak?
Saya akan berpindah secara rasmi ke UiTM Kampus Kuantan. Mencurahkan ilmu kali ini pada para pelajar ASASI Undang-undang yang rata-rata lepasan SPM yang pasti memberikan satu pengalaman baru dan juga cabaran yang lebih. Kalau dahulu mengendalikan para pelajar ‘non-law’ kali ini berjumpa dengan ‘law students’ pula.
Usai sudah satu semester daku bersyarah. Banyak perkara yang sudah pasti daku pelajari dan alami. Ya kerjaya ini bukanlah semudah yang disangka di sebalik ’senangnya’ bagi sesetengah orang. Apa yang pasti daku amat bersyukur dan bertuah di atas kerjaya daku kini.
Hidup ini ada naik dan turunnya dan daku tidak terkecuali dari itu. Sepertimana seseorang adakalanya hilang tumpuan dan mood yang kurang memberansangkan itu aku melaluinya sedikit demi sedikit. Lebih-lebih lagi semasa cuti semester yang agak sunyi di sini. Bisa saja membunuh semangat dan lalai dalam kestabilan yang ada.
Seorang kawan menelefon mencetuskan satu perasaan lain.

Alhamdulillah Praise to Allah Lord of The World and The Most Merciful.
Just received the scroll last week.
I feel so elated. All my sacrifices, glorifies, and cries in getting this ‘paper’ has been payed.
Thanks to my parents, family, beloved Ijan, all my colleagues during my schooldays, diploma, degree and master for their assistance and understanding me.
My humble piece of advices : Success never ending, failure never fatal, think positive, take criticisms as path to achieve great achievement and finally never forget about ALLAH and ISLAM.
I know it’s just a beginning for the big ones. PhD in future? Insya Allah
Assalamualaikum adik semua,
Pertamanya abang nak ucapkan tahniah pada semua yang berjaya dalam SPM baru-baru ini. Yang mendapat 8A ke 10A malahan 20A! abg sangat berbangga dengan kamu semua kerana membuktikan bahawa generasi kita semakin hari semakin bijak dan pandai dalam akademik. Sebagai tiket utama untuk berjaya, kamu semua telah membuktikan akan mampu mencapainya walau dalam apa keadaan.
Pabila abang merenung kembali keputusan abang berbanding kalian, abang rasa agak malu jua. Ya lah abg pun tidak pernah mendapat 9A atau 20A , cuma 2A 18 agregat sahaja melalui sistem agregat yang terakhir sekali diamalkan. Bila? Kamu carilah sendiri sebab kamu adalah generasi-Y yang semakin bijak pabila mencari sesuatu. “Google’ saja barangkali.
Semasa daku menaip soalan ‘test’ untuk pelajarku (yang pasti memang susah haha), daku terbaca satu kajian yang agak menarik juga dibuat oleh pensyarah UiTM berkaitan dengan ‘words power‘( daku rasa tiada seorang pun sedar akan kajian ini maka daku linkkan ke web tersebut, web uitm sebenarnya!!).
Kajian tersebut menyebut bahawasanya 57 % pelajar-pelajar universiti di Malaysia agak sukar untuk memahami ‘ English vocabulary’ yang terdapat dalam pembelajaran mereka. Satu yang serius? Ya barangkali. Pengalaman daku mengiakannya. Masakan tidak terpaksa daku menjadi kamus mini seketika mengajar subjek perundangan memang memerlukan daku memberi makna apa itu ‘revoke’ ‘void’ ‘repudiate’ ‘invoke’ dan sekalian banyak perkataan lagi. Dasar malas mencari dalam kamus barangkali.
Seorang pelajar juga bukan sekadar perlu menguasai ‘English vocabulary’ tetapi juga ‘academic vocabulary’ terutamanya aspek-aspek teknikal sesuatu bahasa dalam bidang masing-masing. Sukar? Ya memang, daku juga mengalaminya semasa di UK. Bercakap sebenarnya mudah namun untuk mengeluarkan sesuatu ayat bersifat ilmiah memang sukar. Tak percaya rujuk saja kesukaran sahabat saya nun jauh di Durham, Fakhzan menulis ayat ilmiah untuk PhDnya. Lumrah bagi kita yang mempelajari English as second language not as mother tongue!
Namun daku tetap percaya tiada apa halangan yang mampu diatasi. Dengan latihan yang banyak dan pembacaan yang luas mampu direalisasikan.
Jadi bilanya aku mau mulakan ‘research’ daku yang pertama? Sesuai untuk pengesahan jawatanku kelak…
Sudah dua minggu daku di sini. Pelbagai cerita suka duka sudah berlaku. Tetapi pagi Jumaat ni telah membuatkan daku berfikir seketika apabila membaca ucapan bekas Ketua Hakim Negara semasa jamuan makan tengahari pelajar undang-undang UKM. 8 pengajaran yang diberikannya sudah cukup membuatkan kita berfikir akan betapa banyaknya kelebihan dan nikmat yang diberikan oleh Allah pada kita.
Pengajaran pertama: Kita ada dua tangan. Tak boleh guna tangan kanan, guna dengan tangan kiri.
Kita tidak seharusnya terhad pada satu-satu pilihan sahaja tetapi gunakan pilihan yang ada. Sekiranya bosan atau tidak tahan pada keadaan atau situasi yang berlaku, cari alternatif lain untuk mengatasinya.
Sepanjang hari yang hujan dan amat sejuk di Hull.
Alhamdulillah, segala beban di bahu ini sudah kulepaskan. Seperti lepas dari sangkar aku rasakan. Akhirnya daku berjaya menyelesaikan disertasi sarjanaku bertajuk ‘Legal Aspects of The ASEAN Charter for the Promotion and Protection of Democracy in the ASEAN Region’. Ya tajuk yang menarik dan mencabar bagiku. Dalam keadaan 2 bulan untuk menyiapkannya masih lagi daku tidak menganggap ia adalah terbaik buat daku. Mungkin sekiranya diberi peluang ingin ku terbitkan dalam bentuk jurnal atau buku. Itu pun setelah Dr.Burchill memberi komen dan membaiki disertasiku kelak. Besar harapanku agar aku mendapat markah yang terbaik untuk disertasi kali ini walaupun perasaanku berbolak balik juga. Risau amat, entahla…daku doakan agar semuanya lancar walaupun di sebalik kekurangan disertasi ku itu.
Banyak yang aku pelajari sebenarnya. Walau apa pun terjadi daku harus memperbaiki dan mencabar diri untuk menghadapi dunia akademik yang lebih mencabar selepas ini. Aku tidak harus berhenti belajar sekadar sarjana sahaja tetapi barangkali ke PhD. Daku perlukan sedikit masa untuk memikirkannya. Mungkin perlu menambahkan lagi pengalaman menulis dan membuat research supaya daku lebih bersedia kelak. Aku akui terlalu banyak kekurangan dan kesukaran yang timbul namun daku percaya semua itu sebenarnya akan mematangkan daku lagi untuk terus menimba ilmu dan mendidik anak bangsa ku kelak.
Lepas ni mungkin boleh kembali menulis sesuatu yang menarik dalam blog ini. Dah lama rasanya tidak ‘mengilmiahkan’ blog ni dengan kupasan idea-idea dan isu semasa. Yang pastinya daku kene memulakan sesuatu penulisan supaya mindaku terus tercabar dengan idea-idea dan pemikiran terbaru.
Insya Allah daku akan pulang ke Malaysia pada 27 September ni dan tiba di tanahair pada 28 Sept kelak. Selamat kembali
