You are currently browsing the category archive for the 'Britain' category.
Just watch this video on the show that I missed so much when I was in UK.
Last year, a creative street dancer George Sampson won and I watched it live. Love to watch his dance in the rain. Haha I expected the kid could win based on my last posting on Britain’s Got Talent.
Now I see Susan Boyle has the potential to win. Appearance seems so nerd but her voice is so magnificent. Biggest surprise and show the talent we want.
That’s why I said don’t judge the book by its cover, mate
Selepas tidak berpeluang menghadiri majlis konvokesyenku di Hull pada 20 Februari 2009, daku berasa amat perlu bagiku untuk mencoretkan serba sedikit mengenai kenanganku di Hull.
Setahun lebih kurang bermula 18 September 2007 sehingga 26 September 2008 barangkali tidak cukup di sana, itu yang boleh daku katakan. Tetapi pengalaman di sana akan daku kenang sepanjang hayat dan banyak perkara daku pelajari dan sekaligus mengubah pandanganku terhadap sesuatu perkara.

University Main gate
Today, I should be in Hull celebrating my most sweetest moment in my life. My Master of Laws convocation. Still, I’m in Jengka today attending meetings, book review on ‘Falsafah Mim’ by our Dato Vice Chancellor and of course marking students test.

Middleton Hall – graduation ceremony held here
Despite miss the moment, I always remember vividly my memorable time in Hull. Just 1 year there makes me change whether my thinking, ideas and of course some image, yea possible. The utmost things I’d learned was ’survival’. In such alien country, you need to survive and struggle, not just for your studies but also sake of your life.
To all my LLM Hull classmates 07/08, congratulation!
Happy graduation to me
Pabila saya memilih untuk belajar di bumi orang ‘Britons’, seorang sahabat saya doktor bergraduan Australia pernah berkata dengan nada sinis bahawa Malaysian teramatla fanatik British bekas penjajahnya. Saya mengelakkannya saja.Kak Fisha pernah menyuruh saya membaca buku Dato Hamid’s Adventure yang amat bangga dengan keBritishannya (ya dato itu amat bangga duduk di sana, semuanya, pakaian, hidup blabla mesti British products).
Bila duduk di sana, saya gunakan peluang yang ada untuk mendalami Mat Salleh di sana, ya terlalu banyak yang saya pelajari walaupun tidak puas setahun di sana. Pernah juga sampai berfikir untuk ‘extend’ sahaja 6 bulan lagi namun hasrat terbatal begitu saja.
Namun bila dah balik, saya tetap merindui pengalaman di sana yang akan saya kenang sepanjang hayat.
Jadi bila tahu Britain dihujani ‘heavy snow’ dalam sejarah 18-20tahun sebanyak 2 kali dalam masa seminggu ke dua minggu maka kecemburuan saya jelas ternyata. saya tidak merasainya begitu puas sekali.
Snow Britain:Heavy Snow forecast for the rest of week
Haa…Tiba-tiba baru saya teringat, apa macam kedudukan universitiku dalam ranking RAE 2008. Nampaknya pernilaian sudah berbeza. Bukan 5/5* lagi penilaian tapi sudah main CGPA pula. Ish-ish Lihat di RAE 2008 Times Higher Education muka surat 9/36 (law sahaja ok).
Ohhh adakah daku merindui bumi Inggeris itu, bila mau ku kesana lagi……arggggghh sungguh rindu barangkali, memang fanatik betul haha :p
The author is really miss Hull UK and his colleagues there and hope he will be coming to UK for next couple of years maybe. Insya Allah.
Update: Yahoo…Malaysian no need to get visa upon entering UK
Salah satu perkara yang sangat aku kagumi ketika di bumi Hull ialah betapa kami semua merupakan antara komuniti Melayu yang sangat erat dan saling memerlukan. Maklumlah jumpah kami amat sedikit cuma kira-kira 50-60orang dewasa dan kira-kira 15 keluarga. Selama ini aku sering dimomokkan dengan kononnya bila datang UK ni jangan campur Melayu. Dari satu sudut bila duduk di negara Inggeris ini memanglah kita harus bergaul dengan pelbagai bangsa yang bagi aku memang perlu menjadi satu kemestian.
Some of postgraduate students (LLM Hull)
Tapi bagiku dari sudut ‘human touching’ aku lebih suka bersama-sama dengan mereka. Maklumlah kita berseorangan dan berjauhan pula jadi sokongan moral dan emosi memang perlu. Itu yang aku bagi ’sedas’ kat sesiapa bila dia datang di UK. Jangan ingat bila duduk sini orang kita diabaikan. Tak nak campur langsung sampai pergi kenduri tak mau datang, pergi angkat barang mengelat dan sebagainya. Nak jadi Mat Salleh pun jangan lupa rakan sebangsa seagama kita. Merekalah juga yang banyak menolong dan membantu kita bila kesusahan.
Sebahagian komuniti Lelaki Melayu Hull
Summer BBQ di Humber Bridge Park
Petang tadi selesai sudah mengangkat barang-barang rumah Dr.Mazlan dan semua buku-buku law aku yang tebal-tebal dan berat ala-ala baling anjing mati tu sudah kuhantar pulang ke Malaysia. Terima kasih banyak-banyak Dr.Mazlan. Syukur sebab kebanyakkannya hadir mengangkut barang ke kontena dan yang pasti makan semua ditanggung beres hehehe…
Selepas ini sesi menangis ala AF akan menjelma bila family Hull akan pulang ketanah air seperti di bawah ini.
Majlis Pulang Dr.Ahmad Naqiuddin
Itulah kami di sini, jauh manapun kami dari Malaysia mereka semua saudara-saudara kami di UK
Britain may be forced to slap visa requirement
Results of Britain’s first global visa review
Haa amik ko…Mula-mula dulu tak perlu visa, lepas Nov 2005 (kalau tak silap) dah kena ada visa. Sekarang ada cadangan kalau sesiapa nak ke UK kena ‘apply’ visa tahunan, macam US pula. Salah siapa? Ya memang ada sesetengah Malaysian menyalah gunakan peluang yang mereka ada. Pernah ada kes pinjaman bank, telefon dan sebagainya. Adakala geram juga nak cakap perkara macam ni,maaflah kalau ada yang terasa. Lebih-lebih lagi ada pihak-pihak tertentu yang lepaskan beban kepada kami di UK. Dan hasilnya beginilah, nama negara juga busuk.
Ada pula yang nak sangat duduk UK ni sampai tak nak balik Malaysia. Bicara dengan seorang rakan di sini memang tak dinafikan. Adakala terfikir nak duduk UK kalau kerja tak setimpal dengan apa yang dapat macam ijazah, dan sekadar kerja-kerja yang tak setaraf selama lebih setahun kan lebih baik balik Malaysia ja. Sekurang-kurangnya boleh bantu negara bukan nak kayakan tembolok sendiri. Ni lagi satu sikap yang tak bagus. Apa pun terpulang pada individu. Kalau nak datang UK baik datang dengan cara yang elok dan bukan sekadar nak datang secara haram ok.
Sekadar berpandangan…………..
Saya bukan balik dari ‘Kelana Convoy’ tau, cuma balik berkelana dari London dan Coventry. 2 perkara wajib dah selesai walaupun akan datang London lagi lepas ni. Dah macam KL la pulak London kan. Tak cukup dua ke tiga hari, kene jalan lagi sebelum balik membeli belah. Haa ingat ’shopping’ ni sekarang memang tengah ada sale mantap dan murah gila (saja nak api2 kan kaum Hawa ni hahahha) di Primark, Clark, Mark Spencer dan paling best beli perfume kat Harrods. Dah ‘lotih’ den berjalan munggah barang.
Oleh kerana Cik Ernie Mellini bakal ‘lekcerer’ muda kita bertanya pada saya apa cerita Islamic Law Conference di Warwick University lepas maka saya bagilah ulasan sedikit. Mula-mula kami sampai je Warwick Univ sungguhlah besar, ala-ala kampus universiti kat Malaysia jer. Tapi memang aku dan Ernie sependapat mengatakan bahawa Warwick tak best sebab dahla jauh dari bandar,menapak lagi tambahan pula tiada bangunan ala-ala English begitu (ya aku memang suka English building) so mintak maaf la yea Encik Adlan Razak dan semua ‘lekcerer’ yang belajar di sana kerana mengutuk.Hahaha tapi saya akui bahawa Warwick adalah antara universiti yang menubuhkan UKCLE yang terang-terang mempromosikan pengajaran dan penyelidikan undang-undang untuk seluruh UK. R n D yang sangat mantap saya kira.
Ya saya rasa Conference Islamic Law di UK memang agak unik dan menarik kerana di sini kami didedahkan dengan pengalaman mempelajari Undang-undang Islam di sebuah negara yang terang-terang ‘non-Muslim jurisdiction.’ Sebenarnya ia banyak membuka mata kita memahami bahawa kerajaan British sendiri mengatakan ‘it’s highly demand to learn Islamic Law in the context of UK itself’. Dalam wujudnya Islamophobia yang ketara pun Islamic Law masih mampu berkembang begitu pesat dan menarik minat ramai terutamanya dengan berkembangkan Islamic Finance dan juga kenyataan Rowan Archibiscop of Canterbury yang menyokong undang-undang Syarie walaupun kenyataannya diputar belitkan dengan hebat oleh media Britain. Conference sehari ini mendedahkan pada kami tentang modul dan kaedah yang sesuai bagi pengajaran Islamic Law meliputi Criminal,International Law, Zakat, dan sebagainya dari sudut Islamic Law itu sendiri. Yang penting jangan belajar Islamic Law seperti kita belajar ‘black letter’ law tetapi ambillah ia sebagai satu ‘jurisprudence’ dan mengambil hikmah dari apa yang kita pelajari.
Kalau sebelum ni di Malaysia kita agak kurang terdedah kepada macam-macam pandangan dan pemikiran tetapi di sini kita dihadapkan dengan pelbagai idea dan mazhab yang mungkin bagi kita penganut Syafie kurang menerimanya. ANtara isu yang menarik saya perhatikan ialah apabila Prof Naim membicarakan konsep berkaitan dengan Islamic State vs Secular State dan sanggahan daripada wakil kehakiman Iran. Secara peribadi apabila membicarakan konsep negara Islam saya meilhat pelbagai pandangan dan definasi yang diberikan tentang apa itu negara Islam tetapi dalam konteks Malaysia saya berpandangan untuk mengatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam adalah terlalu umum dan saya lebih gemar menggunakan istilah ‘hybrid’ kerana walaupun Malaysia mempunyai majotiti penduduk beragama Islam dan meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya dalam perlembagaan dan sistem kewangan dan keluarga namun kita ibarat masih dalam ‘dilema’. Jadi meletakkan label Malaysia ialah negara Islam pandangan saya masih kira ia kurang tepat. Memang isu ini agak panas dan adakala boleh mengundang kontroversi namun saya dan Ernie bertuah kerana sekurang-kurangnya kami dapat menerima dan mendengar pandangan pelbagai pihak.
Tak sangka pula boleh berjumpa dengan Mr.Ikhtifar Ahmad, pensyarah undang-undang UiTM Johor dan juga Mr.Edward Phillips dari University of Greenwich yang merupakan graduan LLB Malaya 1980, satu ‘batch dengan AG kita dan penyanyi Sudirman. Apa lagi macam-macam lah gosip. Hahaha…tapi memang bertuah dapat berjumpa dengan ramai ’scholar’ dan mengutarakan pandangan dan idea untuk membangunkan pengajaran dan pembelajaran Islamic Law. Mungkin ada yang sesuai atau tidak untuk diaplikasikan di Malaysia tetapi bagi saya yang penting ialah kami mendapat segala input dan output yang berguna untuk masa depan. Mungkin dengan pengalaman yang sedikit cuma ini dapat saya mengembangkan pengajaran Islamic Law di UiTM kelak supaya ia boleh menjadi sesuatu yang menarik dan mencabar minda.Saya harap begitulah.
Saya bukanlah seorang pengagum Britain yang fanatik seperti segelintir rakyat Malaysia bermentaliti penjajah. Tetapi saya tetap menghargai pengalaman saya di sini yang saya kira amat berguna dan bererti dalam hidup saya. Pesanan Puan R pada saya sebelum berangkat ke bumi Inggeris ini selalu terngiang-ngiang di telinga saya. Jangan melihat baiknya saja pada bumi Britain (yang saya gelar bumi Anglo saxon sebelum ini hahaha) tetapi lihat juga pada keburukan dan ambil iktibar darinya.
Meneliti berita Sistem Gred Britain lapuk yang dipetik sumber oleh Berita Harian dan Watchdog:Degree grades ‘arbitrary and unreliable’ dan Leading article: Degree of classifications The Independant (akhbar kegemaran saya selain Times) saya kira, permasalahan pendidikan di sini juga tidak kurang hebatnya. saya pernah membaca laporan mengatakan bebanan kerja sekolah di Britain adalah paling rendah di kalangan negara-negara EU (patutlah saya peratikan budak-budak ni lenggang kangkung saja datang sekolah semua disediakan kecuali bekalan lunch saja hahaha). Pemalas sangat ke negara maju seperti Britain ni haa? Banyak subsidi? Ya sebab negara Queen E ini adalah negara berkebajikan tau!Penganggur terhormat boleh dapat elaun lagi.
Saya pernah bercakap pada pensyarah saya di sini, kenapa kejam sangat menilai pelajar sarjana hanya dengan 1 esei 100%.(result saya keluar isnin depan doakan semua baik dan lulus,berdebar sungguh saya) Dahla yuran mahal ‘oversea student’ bayar 8100pound walhal ‘Home and EU’ bayar dalam 1000-3000pound je. Mungkin juga Britain terkenal dengan ke’konservatif’nya dan sukar untuk menyesuaikan dengan perubahan. Mana kan tidak EU bawa kereta belah kiri Britain belah kanan. Tak nak guna Euro tapi pound sebab Euro takda gambar Queen E tau. Lagi satu dahla kuat minum arak,busuk nak mampus sampai muntah tepi jalan, peramah tak tentu pasal walaupun sangat baik (gentlemen la kununnya) bila siuman. Boleh keliru jang oii…
Keliru-keliru mereka pun saya tetap memuji mereka kerana berani membuka isu-isu sebegini dengan lantang dan adakala mendedahkan kita pada memahami realiti masyarakat hari ini. Mereka lebih terbuka dan mengalakkan soalan. Perkara pertama ketika saya taklimat dahulu di Hull ialah ‘you come here to question us!’. Melalui ‘question’ itulah mereka mengubah sesuatu menjadi lebih baik. Jadi tidak hairanlah sekiranya budak-budak kecil umur 4 ke 5 tahun sekalipun begitu petah berkata-kata sehingga perjalanan keretapi saya dari Hull-London pun terhibur melihat keletah anak-anak Mat Salleh ni berbicara bertanya itu dan ini. Kalau saya di Malaysia, dah lama kena lempang. Banyak sangat soal ko ni!
Bagi saya, perkara ini harus dilihat dengan lebih positif dan memerlukan kerangka yang bijak untuk mengendalikannya. Saya kira Malaysia tidak harus semata-mata merujuk pada sistem British ataupun USA sahaja terutamanya dalam bidang pendidikan tetapi cuba belajar dari negara-negara lain. Tapi adakala hairan juga yea, kita di Malaysia nak ‘rojak-rojak’ pun tapi masih lagi keliru.Yang positif tak mau diikut yang rakyat Malaysia ni pulak budaya fanatik British yang buruk pun mau diikut.
Sekarang siapa keliru, saya, Malaysia atau Britain???
Dear bloggers,
I posted here several pictures of our small gathering at Newcastle. Except Kak Huda and Kak Aiza (Lancaster) who are busy doing their PhD’s work, all of us there. Even we met in just a day, I believed that we’re happy for that. Going for lunch in excellent Lebanase Restaurant there then we went for shopping (maklumlah elaun beriban pound da masuk kan?hahaha dorang borong kasut Clark woo except for me.Next sale ok :p)
Later, we were visiting Puan Tunku Intan’s house. Currently, she almost finished her PhD in Aerospace Law and I still remember vividly she taught me Malaysian Legal System 1 in 2003. Happy to meet her again. She’s waiting to deliver her baby soon. Hopefully everything would be fine for my ex-lecturer.
Dr.Musrifah was so happy to meet us even her husband drove from London-Newcastle for just three and half-hour with the Porsche. Walla!And I think I want to bring Dr.Mus and husband to Hull to show that this city is not ‘hulu‘ tau (nak masuk EPL gitu), lots of shopping complex and we have lots of pizza shops okay hahahahaha :p
To all, Ernie, Kak Reena, Kak Sati and Putri, thanks for spending time for this gathering. I really enjoyed meeting them. Laughing and gossiping all the times yea kuikuikui :p
From left: myself (Hull), Putri (Durham), Reena (Aberdeen), Ernie (East Anglia), Kak Sati (Newcastle), Dr.Mus and hubby, Puan Tunku Intan (Newcastle).
Posing before going back :p
Our Lunch
Insya Allah we’ll meet again in London or Malaysia (after this Sept). Thanks for the support!
I’ll be going for a week to Europe. This is the last trip i think. Traveling to London, Amsterdam, Brussels and Paris. Yahoo…finally I’ll be in Paris! Then, together with all ‘the young law lekcerer (En.Adlan spell so hahaha)’ in Newcastle with our marvelous ex-dean Dr.Musrifah, Insya Allah. So i covered up everything in one week…
This blog will be not updating. Thinking for posting on several of my trips in UK and Europe after come back. ‘Tungguuuu…’




