Saya agak berkejaran tahun ini. Bukan sekadar majlis besar itu tapi juga berkaitan dengan kerjaya saya. Selesai sahaja semester yang memenatkan ini saya masih ternanti-nanti bilakah masanya untuk saya mennyambung penulisan untuk penyelidikan pengesahan jawatan saya.

Tanggungjawab saya bukan hanya bersyarah semata namun memerlukan masa untuk saya menulis. Tapi bilanya? Dengan keadaan saya yang tiada pejabat untuk bersendirian (perkara yang tidak sepatutnya bagi seorang pensyarah, dah ‘komplen’ pun masih tiada harapan lagi..Grrr), masa mengajar yang melampaui masa normal (saya dibilang akan mengajar 25 jam semester hadapan! Arghh!!) dan kesukaran mendapatkan bahan-bahan tertentu menyukarkan lagi keadaan.  Berseorangan di sini tidak membantu saya mendapatkan mood menulis dengan baik.

Perlu diakui saya amat rindu suasana di bumi Inggeris itu. Saya mampu menulis disertasi saya hampir 5 jam tanpa henti semasa menunggu waktu isyak ke subuh pada musim ’summer’ dengan hati yang amat tenang.dan damai .Benar kata-kata pensyarah kanan saya, di sana kamu tidaklah terlalu sibuk dan keadaan tenang tanpa gangguan orang. Di tanahair memang kita banyak memenuhi tuntutan semasa. Dan saya akui kebenaran itu. Harus saja saya memilih untuk berkelana kembali untuk menyambung PhD. Adakah peluang itu wujud kembali?

Berfikiran positif tidak cukup. Dan saya terbaca teori motivasi bukan hanya bermodalkan fikiran positif semata-mata namun persekitaran juga memainkan peranan. Jika keadaan tidak kondusif mahu saja merencatkan segala perancangan. Dan yang penting sekali tindakan itu!Bagaimana mahu meneruskan konsistensi itu cabaran yang luar biasa mampu diatasi walaupun tiada mustahil untuk bersikap sedemikian.

Jadi bilanya mahu ku lakukan semua ini. Memang semakin berusianya kita semakin banyak tuntutan yang perlu dipenuhi dan perlahan-lahan pertanggngjawapan itu datang.

Selamat semoganya pada diri saya untuk menghadapi penghidupan baru kelak. Mampu berubah ke arah lebih positif atau tidak?