‘Dr. let me think first’ ujarku yang pasti agak serba salah menerima pertanggungjawaban yang agak berat ini.

Bagi seorang pensyarah jawatan pentadbiran barangkali sesuatu yang lumayan dan mungkin juga sesuatu yang menggerunkan. Masa kan tidak dengan jawatan pentadbiran barangkali masa untuk menyelidik dan menulis boleh jadi bisa singkat. Atau juga peluang mahu naik pangkat dan popular di media-media massa kononnya lah.

Cuma yang uniknya dunia akademik ini ialah jawatan bukanlah sesuatu yang kekal selamanya. Ada masa kita boleh saja turun pangkat dan menjadi pensyarah biasa. Tetapi yang lebih istimewanya bagi seorang ahli akademik ialah reputasi mereka dalam sesuatu bidang dan pengiktirafan mereka oleh rakan sebaya melalui peer review hasil daripada penyelidikan dan penulisan.

Mengajar tetap mauduk utama namun ia bukanlah sesuatu yang baik sekiranya kita kekal di takuk mengajar sahaja. Harus perlu naik setahap demi setahap supaya tidak statik sepanjang kerjaya. Daku akui peringkat awalan kerjaya ini bukan mudah untuk membahagikan masa mengajar, menulis dan menyelidik dengan fasiliti yang terhad dan masa yang agak mencemburui.

Cemburu juga rakan-rakan di universiti penyelidikan lain mengajar 6-9 jam seminggu walhal daku sahaja sudah melebihi masa iaitu 21jam seminggu! Bila pula masa untuk fokus pada research sedangkan ada juga rakan seperjuangan sudah mula mengorak langkah untu disahkan jawatan.

Jawatan bukanlah sesuatu yang diminta tapi adakalanya juga terpaksa difikirkan samada empunya diri ini sanggup menggalasnya atau khuatir dibebankan sehingga tidak mampu memikul dan akhirnya tersungkur.

Hmm dilema juga….