Dua minggu sudah mula mengajar di sini. Agak terabai jugalah diri ini gara-gara posting mengejut tanpa surat rasmi lagi. Haiyo.
Itu tidak lagi mengejutkan berbanding dengan keadaan di sini. 360 pelajar ASASI Undang-undang dengan hanya 3 orang pensyarah dan daku terpaksa ‘diimport’ ke sini untuk mengimbagi bilangan yang dah memang terlalu ramai!
Geleng kepala saja daku melihat keadaan pelajar di sini. Itu belum masuk fasiliti dan buku-buku di kutub khannah yang agak menimbulkan satu persoalan di hati.
Semasa sesi taaruf dijalankan daku bertanya pada para pelajar ini adakah mereka betul-betul minat kursus yang mereka ambil. Ada sebahagian jawapan saja sudah mengejutkan daku dan sudah pasti memang sukar bagi mereka untuk melalui program ASASI ini.
‘Encik, saya tak pernah apply pun ASASI Law, tiba-tiba dah ada, saya minat bidang lain.’
“Saya terpaksa ambil bidang ni sebab ayah saya desak’
‘Saya sebenarnya lagi minat aliran sains tapi tak tahu kenapa dicampakkan ke sini’
‘Dah dorang offer kat saya jadi saya ambillah’
Antara bait-bait dialong yang mereka utarakan padaku. Entah kenapa dalam hati ini ada sedikit marah dan sebal dengan segelintir mereka.
Saya risau dengan keadaan sebegini. Mengapa bilangan pelajar terlalu ramai tapi hampir sebahagian mereka katakan ’saya tidak minat law’? Salah siapa tu?
Sedikit sebanyak saya terpaksa melatih minat mereka namun apa yang penting usaha terletak di tangan mereka sendiri. Nak terlingkup terbalik mereka harus akui bahawa pembelajaran di universiti bukan mudah tetapi mereka harus ada skil tertentu untuk terus berjuang dalam bidang ini.
Justeru itu sekiranya kamu layak dan berusaha maka kamu layak berada di dalam bidang ini. Tapi kalau kamu tidak layak maka maaf saya terpaksa ‘mencantas’ kamu.
Menjadi pendidik memang sangat berat tanggungjawab namun adakala terpaksa berterus terang dengan keadaan yang ada menyebabkan daku harus berasa risau pada generasi mahasiswa mahasiswi akan datang.
Sesuatu perlu dilakukan. Bukan menentang tapi menerangkan dengan berterus terang. Wahai orang atasan jenguklah dan lihatlah pada sistem yang anda laksanakan!

6 comments
Comments feed for this article
July 2, 2009 at 9:17 am
one of ur student
huhu…sabar je lah yek
July 9, 2009 at 5:07 pm
nazzeerhahs
sy memg minat law nie..dr dlu lg..lbh2 lg prkara yg bkaitan govt n politik….tp yg subjek mtc 012 2 cm pyah ckit…yela…bkaitan dgn jurispruden kn…papepun, kna la struggle ckit…nant x dpt ke BLS malu!!!!!!
July 10, 2009 at 1:23 am
risan san..
mungkin mereka semua belum terdedah dengan kursus undang-undang…lama-kelamaan mereka akan dapat menanam minat mereka…beri mereka waktu…terlalu ramai pelajar aliran sains yg diberi kursus ini jadi mereka terdedah lebih banyak kepada subjek sains dan ilmu hisab…beri mereka waktu untuk menilai minat mereka semula…
July 26, 2009 at 6:20 pm
Dr.Law
persoal kn tntg minat neh mmg tiada titik noktahnyer mungkin…
ku jua buntu mmbuat keputusan,namun berbekalkan keazaman yg tgggi …percaya bahawa BUNTU itulah yg bkl mmbuatkn kita matang…nescaya kan berjaya disuatu hari kelak
insyallah….
giv them time plisssssss!!!
July 26, 2009 at 6:41 pm
anak murid
Tak semua orang suka subjek membaca dan tak semua orang faham law. Kami semua baru belajar dan bukan semuanya pandai/hebat bahasa inggeris. Dalam kelas, tak semua orang faham bahasa inggeris dan tak reti menjawab dalam bahasa inggeris. Tambah pula belajar tentang law, banyak perkataan2 yang jarang kami guna. Kami harap Mr Ikmal dapat bersabar dengan kami. Dan kami harap Mr Ikhmal dapat mengenali kami dan dekat dengan kami sebagai kawan, bukan hanya guru dan pelajar.
August 8, 2009 at 7:23 am
mr ikmal stud
bukan xmenat tp masee mr ikmal buat kaji selidik kami tengah pening2 lalat dgn new environment n mcm2 ag..so jwpn mase tu xmenepati piawaian yg mr ikmal nak..