Saya akan berpindah secara rasmi ke UiTM Kampus Kuantan. Mencurahkan ilmu kali ini pada para pelajar ASASI Undang-undang yang rata-rata lepasan SPM yang pasti memberikan satu pengalaman baru dan juga cabaran yang lebih. Kalau dahulu mengendalikan para pelajar ‘non-law’ kali ini berjumpa dengan ‘law students’ pula.
Ditambah lagi dengan mengajar Bachelor of Legal Studies (Hons) untuk pelajar-pelajar matang juga merupakan satu cabaran yang tidak kurang hebatnya. Ya saya akui kemudahan dan fasiliti di sini tidaklah berapa baik namun itu semua bagi saya tidak menjadi satu permasalahan besar. Yang penting ialah semangat dan kemahuan untuk menuntut ilmu itu lebih besar dari segalanya.
Apa yang penting pabila menuntut di universiti penekanan pada pembelajaran secara ‘independent learning’ perlu diterapkan pada para pelajar lepasan SPM. Rata-rata mereka agak bersemangat untuk belajar dan daku perlu akui mengendalikan mereka yang masih muda adalah satu cabaran.Tiada istilah ’spoon-feeding’ dan kalau perlu mereka perlu membaca banyak bahan bukan semata-mata nota kuliah atau buku teks. Ini yang cuba ditekankan supaya mereka tahu belajar di universiti adalah lain berbanding sekolah. Jangan ingat hangpa semua 10A, 11A dah cukup hebat kerana rata-rata mereka yang berjaya mengharungi zaman universiti adalah mereka yang mampu melalui semua kepahitan dan sanggup melalui susah payah sebelum berjaya.
Kenapa daku katakan pada pelajarku pada permulaan semester ‘confuse is better’? Sekurang-kurangnya mereka lebih jujur mengatakan sebegitu kerana daku juga pernah alaminya. Dan mereka harus lalui ke ‘confuse’ an itu kerana ia akan melengkapkan mereka kelak pabila berada di alam ijazah kelak. ‘No pain no gain’ lebih sesuai untuk mereka ini. Dan oleh kerana agak lewat memulakan kelas maka daku terpaksa menggunakan cara ’shinkansen’ dalam mengajar.
Maka bersiap sedialah pelajar saya ya!

5 comments
Comments feed for this article
June 17, 2009 at 5:41 pm
amierwan
abg.Ikmal, kasi strict gila2 nyer kat diorang ni.
confirm nti masuk KOSMO macam lecturer USIM tu.
haha.
June 19, 2009 at 2:14 am
umar
pesan kat dorang, dah jadi budak law uitm, jangan jadi bimbo, artis, penyanyi dsb. budak melayu dah kurang dlm profession ini dan bila dah jadi bdk law, jgn le melencong ke arah lain.
dan jangan pandai2 nak jinakkan diri dgn clubbing.hehe
June 22, 2009 at 2:24 am
hadie
Tahniah ikmal. At last you also teach law sudent walau pun bukan di shah alam. Saya percaya tempat bukan menentukan seseorang itu akan maju atau tidak.
Sepertimana ikmal n kawan2 di uitm melaka yg nun duduk kat perkampungan ‘Lendun’ tue. huhhuhu
But, the most important thing… Semangat belajar dan inkuiri yang tak pernah tidak boleh dinafikan dan menjadi intipati penting law student.
Socratic Method adalah cara yang terbaik diterima pakai di Harvard – nengok cerita korean Love in Harvard. Atau dimana-mana law fac. Profesor atau guru undang2 akan bertanyakan soalan-soalan, jawapan perlu dicari oleh pelajar sebelum mereka masuk kelas.
Selamat mengajar
June 23, 2009 at 3:31 pm
rahim
Tahniah Ikmal,
Dapat mengajar..curahkan segala ilmu yang diperolehi semasa di Lunden dulu !.dapat juga anda berbakti kepada anak bangsa dan inilah masa terbaik untuk membalas jasa ‘your sponsor’ dulu.
Your favourite football club semasa di tanah emputeh dulu camno sekarang?..tercorot..!
salam.
June 25, 2009 at 5:40 pm
meSuraya
shinkansen tu apa yek?
semoga berjaya.hehe