‘Kamu ni terlalu analitikal sangat, den tak terhadam ngan apo ekau fikir.’ ujar seorang rakan sejawatan.
‘Tapi apa masalahnya saya berfikiran sebegini?’ tanya saya pula.
‘Takda masalah tapi kamu dalam bahaya!Nak kene label pro itu dan ini ke? NakĀ ko keneĀ diskriminasi nanti? orang Malaysia bukan macam orang UK dik’ tambahnya.
Saya adakalanya terpaksa ‘adjust’ beberapa perkara yang begitu senang saya lalui semasa di bumi Inggeris. Berfikiran bebas, tiada sekatan, labelan sebegitu ini. Saya pernah berhujah betapa Islam diterima baik dan diasimilasi dalam sistem demokrasi di Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia samada kerajaan mahupun pembangkang dan dicemuh oleh rakan saya dari Turki yang mempertahankan sistem sekularnya. Tidak jadi masalah bagi saya, dia ada hujahnya. Kami berbicara dengan baik saja dalam kelas.
Pernah juga rakan saya sekelas dari Jerman membantah pandangan saya berkaitan isu kartun Rasulullah di media Denmark dengan mempertahankan nilai-nilai Eropahnya yang bebas dan kami berbicara dengan baik. Dia hormat saya saya pun hormat dia. Tidak sampai bertumbuk keluar kelas, menghina dan sebagainya.
Dan itulah nikmatnya pabila berada di negara-negara yang mempunyai rakyat berfikiran jauh dan menerima pandangan orang lain.
‘We’re agree to disagree’ lumrah bukan sahaja dalam dunia perundangan tapi juga dalam kehidupan seharian kita. Namun realitinya masyarakat kita masih belum menerima perumpamaan itu. Lihat saja ada individu malahan parti siasah sendiri sudah menjadi ‘Tuhan’ barangkali memutuskan sesuatu itu patut diharamkan dan disekat daripada kita mengetahuinya.
Saya tidak faham apakah dengan menyekat dan mengharamkan sesuatu itu lebih baik berbanding menjelaskannya. Bukankah kita dituntut lebih memahami daripada mengadili semberono sesuatu. Ah itu haram ini haram tapi mana alternatifnya? Nak jawatan tertinggi parti tapi nak berdakwah pada musuh aduhai malasnya ya! Baik haramkan saja kan senang, habis cerita.
Membuka kotak pemikiran itu satu hal, menjana pemikiran yang lebih kritikal itu pun satu hal. Itu semua akan berjalan dengan baik sekiranya kita bebas mengemukakan wacana tanpa labelan siapa lebih Islam kononnya. Terlalu tipikal labelan sebegitu, menghukum sebelum berwacana. Inilah dia pabila masyarakat kita gagal berfikir. Menerima bulat-bulat saja apa yang dihidang oleh media dan internet tanpa ada tapisan ilmu itu.
Anak muda bukan sekadar perlu sihat tubuh badan tetapi juga harus punyai senaman minda untuk memimpin generasi mendatang. Bacalah kepelbagaian genre buku-buku yang tidak hanya semestinya Utusan Malaysia ataupun motivasi Dr.Fadzillah Kamsah semata-mata. Yang penting ambil iktibar dengan apa yang kita baca, luaskan perhubungan, bina personaliti dan jatidiri, nescaya kamu tidak akan mudah dibolak-balik menghadapi cabaran mendatang.
Jadi persoalan saya adakah masyarakat kita bersedia membuka kotak pemikiran mereka ataupun mahu label murahan menjadi pendiding pada mereka untuk tidak mahu berfikir?
Jawapan ada di minda kita sebenarnya.

3 comments
Comments feed for this article
June 11, 2009 at 11:31 am
farah
mgkn org2 yg menghalang ko utk berfikiran terbuka tu adalah mereka yg berfikiran ortodoks dan totok pemikiran…amboi2 tak syg mulut aku ni ek…
June 12, 2009 at 3:19 am
umar
bahaya bagi pandangan sebarangan.silap2 kena hantar ke sabah.
I’ve used my brain and that’s why I’d been transferred there Ha Ha Ha
June 17, 2009 at 7:08 am
Jucci
takpe. kalau kita balance kan everything i think we should be just ok. hehe