Ya, saya agak kekeringan idea barangkali kelelahan untuk menulis sesuatu untuk disumbangkan pada universiti. Semangat yang berkobar-kobar ini pun boleh luntur jika kebuntuan ini tiada penyelesainya. Saya akui agak cemburu pada mereka yang komited melakukan penulisan ilmiah dan mungkin juga saya kehilangan sentuhan sejak pulang ke tanah air. Blog tidak sama dengan penulisan akademik yang memerlukan ketelitian footnote nya, quotationnya yang membuatkan mereka yang tidak tahan mahu saja membaling apa yang ada kalau tidak sabar dan tekun melakukannya.
Saya pernah mengalami sindrom kebuntuan ini semasa di Hull. tak dapat dibayangkan dalam 3 bulan menulis tesis membuatkan saya penat mengangkut buku-buku berjalan kaki dari rumah sewa ke Brynmor Jones Library dan sesekali tengah malam berjalan ke Graduate School dan ulang-alik ke rumah semata-mata mencari idea tatkala kebuntuan menulis. Sekadar menumpahkan air mata sudah bisa dilakukan. Pengorbanan yang berbaloi jua akhirnya.
Namun meneruskan tatkala kembali juga menjadi satu cabaran besar. Tanggungjawab ahli akademik begitu besar namun adakah daku meletakkan tahap yang terlalu tinggi atau pun masih lagi mencari-cari rentak tatkala dicampakkan jauh di tempat yang pastinya tiada siapa mahu pergi. Keseorangan tanpa bantuan mungkin juga. Siapa daku hendak merujuk dan meluahkan pandangan supaya boleh juga daku memperbaiki dan menaikkan semangat ini kembali.
Sudah penat memendam rasa, perlukah saya menenagkan fikiran yang berkecamuk, sekecamuknya suasana politik negara ini?
Keseorangan boleh membunuh, keramaian jua melalaikan?

3 comments
Comments feed for this article
June 4, 2009 at 9:08 am
Farah Azura
mal, jgn buntu mal…ko kan kaya dgn idea2 yg interesting…teruskan menulis ek….aku mmg tak gamakla nak menulis psl sesuatu yg ilmiah ni…hehehe
June 6, 2009 at 8:22 am
aina chepot
kalu mal buntu.. mal ingt balik kepayahan waktu di bumi uk dulu.. (aku pun nk nangis bile ko ckp ko nangis tau! huhu.. pasal aku paham sgt perasaan tuuu…
)) ) bagai rintangan kan dah lalui.. n now kehidupan kita skrg far much better than masa di uk dulu.. xpe la berhijrah sedikit, paling tidak masih lagi di tanah air, masih dkt dgn awek, famili pun leh aje balik kg kalu cuti memanjang tu, hehehe.. insyaAllah u can do it bro!!
June 11, 2009 at 12:17 am
kusuma
ikmal…
kenal kesum lagi tak?
dah lama sgt x jmpe…
kt internet kita, jmpe ek…
rerajin tag la sum nanti tau…
sum nak tag ikmal x dpt la..