Merupakan subjek kegemaranku sejak dulu lagi walaupun tidak pernah menang pelajar sejarah terbaik di sekolah pun. Mungkin juga kerana daku minat bercerita jadi sejarah amatlah sesuai dengan jiwaku.
Semasa di sekolah mahu tidak mahu kita terpaksa mengambil matapelajaran Sejarah sebagai satu kewajiban mutlak bagi SPM. Hanya disogokkan buku teks keluaran DBP sebagai sumber utama. Tidak pula kita diwajibkan merujuk pada sumber-sumber lain kecuali buku rujukan Sasbadi dan Pelangi. Barangkali tidak mahu membebankan pelajar kerana kononnya Sejarah tak penting, tak boleh cari makan, nak jadi lawyer amiklah Sejarah, Sains kan lebih ‘gempak‘ daripada Sejarah. Pandangan streotype tika itu dan relevan hingga kini ya.
Daku masih lagi teringat, semasa di Tingkatan 3 kami diarahkan menyiapkan kerja kursus wajib bagi PMR iaitu membuat buku skrap pemimpin negara. Tun Abdul Razak merupakan pilihanku waktu itu dan tidak hairanlah dalam kebanyakkan PM Malaysia, beliau adalah yang paling daku kagumi. Semuanya gara-gara membuat penyelidikan berkaitan Tun Abdul Razak. Pengalaman itu memberikan sedikit kredit padaku untuk memihati sejarah. Pergi ke kutub khannah mencari pelbagai sumber dan buku-buku adalah ‘aspek luar kotak’ dalam pembelajaran sejarah masa itu mungkin.
Salah satu perkara yang segar diingatan semasa di sekolah menengah (SMKKGV) ialah sikap seorang guru sejarah yang mungkin juga masih popular di sana. Asal tak dapat jawab soalan sejarah, disuruh berdiri di atas kerusi. Takut di permulaan dan agak kelakar pabila dikenang. Ya balik-balik nak ingat fakta, tahun, nama tokoh tapi apa pengajarannya kita dapat dari belajar sejarah? Terlalu kaku bagiku masa belajar sejarah di sekolah. Salah cikgu ke atau silibus yang bosan?
Itu adalah serba sedikit nostalgia pembelajaran sejarah masa itu.
Namun kini kita digembar-gemburkan dengan isu blog komunis dan Chin Peng harus dibawa pulang atau tidak. Daku tidak berminat untuk mengiakan atau tidak tetapi di sebalik ini kita sebenarnya satu perkara yang harus diakui generasi muda kini mula melihat sejarah dari sudut yang berbeza. Kita tidak hanya lagi dimomokan oleh satu sumber sahaja, mengiakan apa orang lebih tua katakan. Perjuangan golongan kiri umpamanya cuba dihidupkan dan dibincangkan dengan lebih mendalam samada mereka wajar diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan atau tidak.
Ini sebenarnya adalah sesuatu yang perlu digalakkan dan dialu-alukan supaya pembelajaran sejarah itu tidak kaku. Ya memang sejarah biasanya akan ditulis oleh pihak yang menang namun kita tidak boleh menghukum pihak yang mahu melihat sejarah dari sudut yang bebeza. Ini adalah lumrah bagi gemerasi muda yang tidak semata-mata dihadapkan dengan fakta dari satu pihak sahaja tanpa melihat dari pandangan alternatif yang tidak kurang menarik juga untuk dibahas.
Samada mereka layak diiktiraf atau tidak hanya masa yang akan menentukan. Tetapi cuba menutup pensejarahan tanpa sebarang perbincangan dan analisa kritikal adalah lebih menjelekkan lagi. Tidak salah untuk menggali persejarahan negara dan membicarakannya untuk kebaikan generasi mendatang. Namun pabila dilabelkan generasi muda ini tidak peka sejarah, buta sejarah tetapi pabila kita pula cuba menutupnya skop perbincangan dan penggalian sejarah itu sendiri, adakah ini sesuatu yang boleh diterima akal? Hendak pula dituduh kami orang muda ini bersimpati pada komunis, tidak patriotik lah konon, aduhai…..baru nak dibincang sudah ada label murahan sebegini.
Seharusnya generasi yang lebih tua ini memahami kehendak generasi muda. Mereka tidak boleh diacah-acah dengan propoganda murahan dan ketakutan melampau pabila itu dan ini terjadi. Dalam generasi pasca merdeka yang sudah semakin terbuka dan semakin luas pandangan, perbezaan pandangan dan persepsi mereka juga harus dihormati. Nah sekiranya generasi tua ini cuba menutup pemikiran anak muda yang berminat terhadap sejarah, bagaimana anjakan pemikiran itu mahu diubah. Kita sering melaungkan generasi muda harus berfikiran luar kotak tapi pabila isu sejarah ini saja mahu dicuit sudah melatah opocot, jadi persoalan timbul sejauh mana ikhlasnya kita untuk mencelikkan generasi muda terhadap sejarah?
Buat generasi muda sekalian, ayuh galilah persejarahan negara kita tercinta, jangan biarkan kita dimomokkan oleh sesuatu pihak semata tanpa kita mahu berfikir dan mencari alternatif yang lain. Galilah ia dan carilah kebenaran sejarah itu sendiri. Nescaya kamu akan menghargai bagaimana bertuahnya kamu di bumi Malaysia tercinta ini.

1 comment
Comments feed for this article
June 1, 2009 at 2:10 am
Hadie
pROPAGANDA uTUSAN BERETRUSAN SETIAP HARI MEMANGGIL DAN MEWAWANCARA MANGSA-MANGSA KOMUNIS. KITA TIDAK MENAFIKAN ITU SEMUA TETAPI BUKAN ISU KOMUNIS MAHU DIHIDUPKAN ATAU TIDAK TETAPI ISU KEMANUSIAAN TERHADAP CHIN PENG PULANG DAN MATI DI MALAYSIA PATUT DIBINCANGKAN.