‘Jangan join Facebook, itu ajen CIA nak korek maklumat’ ujar seorang sahabat.
‘Pemimpin polan bin polan punya akaun dalam Bank of Israel, agen Yahudi ni’ makluman dari pelbagai web.
‘April Fool adalah sambutan tanda kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol’ email seorang kawan juga.
Adakala daku juga menerima dan mendengar perkara sebegitu termasuk kalian juga kan? Semua perkara hendak dikaitkan dengan musuh-musuh Islam tanpa melihat fakta sebenar.
Kenapa mahu dikaitkan facebook dengan ajen CIA pula? Bahaya sangatkah kita sampai perlu CIA ekori? Apa yang penting ialah sejauh mana kita menggunakan teknologi ’social networking’ itu dengan baik dan berkesan. Tidak timbul isu yang stereotype sehingga menghalang kita berhubung dan berkongsi makluman. Yang menjadi persoalan sejauh mana kita mengetahui hak-hak kita dalam internet terutamanya blogging, hakcipta dan sebagainya? Bagaimana sekiranya kita dimanipulasikan dan ditipu oleh internet itu patut dibincangkan dari segi hak dan undang-undang bukannya ini adalah agen Yahudi dan CIA kononnnya.
Balik-balik agen Yahudi dan CIA, sehingga simpan duit pun dalam Bank Israel. Adakah benar atau omongan kosong saja? Kita tahu mereka adalah musuh-musuh Islam yang ingin menghancurkan umat. Kita tahu ayat 120 dalam Surah Al-Baqarah menyatakan bahawa kaum yahudi dan nasrani tidak akan menyenangi Kamu sehingga kamu tidak mengikuti mereka.
Namun kita lupa dalam menentang musuh-musuh Islam kita tidak mempersiapkan diri dengan ilmu dan tindakan yang mantap. Sekadar mendedahkan protokol Zionism tanpa tindakan umat Islam semata adalah sesuatu yang hanya membingitkan telinga tanpa ada apa-apa usaha untuk membangunkan kemajuan ilmu dan tindakan umat? Itu lebih berkesan berbanding menjaja retorik kosong kezaliman mereka yang sudah saban hari kita dengari.
Kenapa pula mahu percaya April Fool itu tanda kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol sedangkan itu hanyalah tradisi Barat yang ‘mengong’ menjadi ikutan kita. Tidak usahlah sampai membenci begitu sekali mahu dikaitkan dengan Ratu Isabella la Raja Ferdinand jatuhkan kerajaan Cordoba la dan sebagainya.
Apakah kita sampai satu tahap menerima bulat-bulat saja tanpa perlu mencari fakta sebenar dan iktibar apa melanda umat Islam?
Adakah kita malas membaca dan mengkaji sehingga terpengaruh dengan e-mail murahan sebegitu?
Barangkali peribahasa yang sesuai ialah ‘kera disusukan di hutan anak di rumah mati kelaparan.’
Ya pessimistik itulah menjadikan kita lupa bahawa dalam membenci musuh-musuh Islam itu kita lupa untuk melihat kembali kekuatan diri kita!

7 comments
Comments feed for this article
April 11, 2009 at 5:52 pm
Roy
Salam
Itulah jadinya apabila suka percaya pada forwarded email tanpa usul periksa… kadang2 sampai tahap paranoid dan membodohkan diri sendiri.
April 12, 2009 at 8:59 am
meSuraya
saya pun adakalanya rimas
dengan sikap pessimist.
earth hour pun dikatakan agenda zionis.
entahlah.
April 13, 2009 at 3:13 am
farah
yela mal…aku pun dpt email mcm tu jugak…tp, aku buat taktau jek sbb yg aku tau FB tu utk aku berhubung dgn kwn2…tu jela…Bahaya ker klu mcm tu…???
April 13, 2009 at 11:32 am
Fisha
Dan saya juga berasa sangat lucu apabila menerima rantaian emel yang bertajuk – AWAS, MAKANAN TIDAK HALAL – yang banyak menyenaraikan ‘barangan buatan orang cina’ — isk, isk …
Dan, pernah tersenyum sendiri apabila terdengar perbualan ini:
A: “Ana rasa 7-E tu pun sekufu dgn KFC”
B: “Huh? Betullah rasanya. Semuanya tuh yahudi tu. Masuk sekali la list boikot”
Erk!
April 15, 2009 at 2:53 am
umar
orang malaysia ni takde keje lain nak paranoid dengan yahudi dan US.sampaikan kfc dan mc d pun nak boikot. tan sri ali, pengerusi jcorp mengatakan, cuma 5% daripada keuntungan KFC disalurkan ke US dan selebihnya kepada kita. kalau kita percaya dengan 5% pun kita telah menyumbang kepada kekejaman zionis di palestin, mmg bangang lah. sikit2 boikit..sikit boikot. gosok gigi colgate pun takleh, minum starbuck pun tak leh…sebenarnya, sejauh mana kebenarannya syarikat2 ini menyalurkan dana mereka kpd Israel? ada bukti?
daripada kita paranoid dan jadi katak bawah tempurung, elok ignore saja email-email mengarut tu.
live must move on. cherish it while u can.
April 15, 2009 at 2:54 am
umar
lagi satu, mark zuckerberg, inventor facebook …barangkali seorang yahudi.
hehehhe….
April 19, 2009 at 12:40 pm
Najibah
Ada emel juga yang berkata, mereka simpan semua data kita untuk dieksploit. Maklumlah semua umat Islam ada potensi menjadi sel teroris, kalau mengikut pandangan ekstrem Barat (begitu agaknya?).
Tapi pada saya, kalau kelak benar berseteru hebat dengan US dan sudah tergadai data diri, kenapa mahu guna data diri yang asal. Guna saja data diri samaran. Tanpa FB pun, mereka dapat mengumpul data kita sebenarnya. Sehari saja mereka sudah boleh cari siapa keluarga kita, sanak-saudara, teman rapat dan lain-lain.
Sejauh ini, manfaat lebih banyak dari keburukan, jadi saya terus gunakan saja.