Selepas tidak berpeluang menghadiri majlis konvokesyenku di Hull pada 20 Februari 2009, daku berasa amat perlu bagiku untuk mencoretkan serba sedikit mengenai kenanganku di Hull.

Setahun lebih kurang bermula 18 September 2007 sehingga 26 September 2008 barangkali tidak cukup di sana, itu yang boleh daku katakan. Tetapi pengalaman di sana akan daku kenang sepanjang hayat dan banyak perkara daku pelajari dan sekaligus mengubah pandanganku terhadap sesuatu perkara.

Kita mungkin menganggap pabila belajar di luar negara adalah satu ’standard’ tinggi namun tidak mengetahui akan jerit payah daku tika di sana.Risau tidak lulus adakala menghantui diriku. Sehingga sanggup daku mengorbankan trip ke Scotland gara-gara sibuk menyiapkan esei semasa semester 1. Keputusan daku pada tika itu tidaklah begitu baik kerana tidak tahu apa ‘expectation’ yang dikehendaki.

Namun setelah semester kedua daku berjaya sedikit sebanyak menyesuiakan diri dengan sistem pembelajaran sarjana di Britain. Agak konservatif dan ’strict’ barangkali. Konservatif kerana penilaian ku hanya dengan 1 esei 5000 patah perkataan untuk satu subjek bernilai 100%, tiada markah presentation, ujian dan sebagainya. 3 esei dikehendaki siap pada tempoh diberikan SERENTAK, do or die!!! Strict kerana sukar untuk mendapatkan 70 ke atas (distinction), kalau dapat 60 pun dah dianggap sesuatu yang baik, ibarat dapat DL.

Tapi alhamdulillah daku berjaya melepasi tahap ‘ 6 course works’ dan ‘ 1 dissertation’ yang disiapkan dalam masa 3 bulan sahaja bertajuk “Legal Aspects of ASEAN Charter for the Promotion and Protection of Democracy is Southeast Asian Region.’  untuk melayakkan daku memperolehi LLM International Law (Hull). Bukan mudah hendak menyiapkan sekiranya tidak nekad dan mempunyai disiplin yang tinggi. Ada juga kawanku yang terpaksa bercuti sepanjang sesi dissertation semasa ‘cuti summer’ gara-gara gagal mendapatkan topik dan idea menulis dengan baik.

Dari segi hubungan sosial, ya selama 7 tahun di dalam ‘komuniti Melayu’ sahaja daku dapat berkawan dengan ramai kawan-kawan pelbagai bangsa, Afrika, Pakistan, Inggeris, Turki, Amerika dan sebagainya.  Ada yang masih daku berhubung sehingga kini. Supervisor dissertation ku merangkap Postgraduate Director Dr Richard B seorang American adalah seorang yang amat ceria dan amat memahami. Kami memiliki kecenderungan bidang yang sama dan Insya Allah akan terus bekerjasama dalam menghasilkan artikel dalam jurnal dan sebagainya. Agak kecewa juga beliau tika daku mengkhabarkan yang daku terpaksa balik ke Malaysia selepas LLM, jika tidak daku menjadi pelajar pertama PhD untuknya.

100_13221

Dr.Richard B dan ‘classmates’ subjek Democratic Values and International Law, (dari kiri: Rubena, Stephanie, Didem  dan Gregory)

Pabila kita berada di luar negara jangan lupa juga pada komuniti kita sesama Malaysia. Daku sangat ralat sekiranya kita Malaysian menyombong sesama kita bila ke luar negara. Berlagak kononnya mereka hebat dan sebagainya adalah amat sinonim dengan perangai rakyat Malaysia di UK terutamanya di bandar-bandar besar yang ramai komuniti Melayu di London dan Manchester. Itu realiti daku lihat tetapi daku gembira kerana komuniti Hull adalah antara yang terbaik dan kami kekal bersatu. Pelbagai aktiviti, jamuan makan, perbincangan agama dan ilmiah, sukan, adalah antara aktiviti Kelab Melayu Hull lakukan. Summer camp di Humber Bridge Park, Jamuan Raya adalah antara yang amat popular di sini.

1_113243614l

Sebahagian kecil komuniti Melayu Hull

Dan hasilnya alhamdulillah daku berjaya mendapatkan apa yang kuidamkan. Satu fasa hidup berjaya daku lalui di sebalik mehnah tribulasi daku menguruskan pemergianku ke UK di kala kesibukan LLB Hons UiTM yang tidak sudah,  dan seperti biasalah perangai segelintir orang Melayu yang selalu mendengki tidak sudah-sudah bak ‘anjing menyalak bukit ‘ (konon atas alasan kekurangan ‘English’ dan ‘tidak layak disokong permohonan kononnya’ digunakan, sampai bila Melayu mahu berubah menghargai anak bangsa mereka hendak berjaya???)

imag0007

Dapat tengok nama dalam buku konvo pun jadila, terubat rindu dalam menunggu skrol diposkan

Berbaloi juga pengorbanan dan kesusahan daku lalui. Syukur padaMU atas kurniaanNYA. Daku tidak mahu berpuas hati sekadar tahap begini sahaja. Masih banyak lagi cabaran dan dugaan di hadapan menanti.

Tiada keharuman aroma kejayaan tanpa kesusahan dalam berusaha dan keberkatan dariNYA:)