Hujung kolum  Brave New World Dr. Azmi Shahrom  di The Star menulis beliau sebagai ‘law teacher’ jadi daku pun boleh menganggap diriku sebagai cikgu undang-undang sebagai terjemahan, sedapkan bermain dengan perkataan, haha

Sudah masuk minggu ke-2 daku mengajar. Setakat ni penerimaan pelajar adalah cukup baik walaupun daku ‘terlalu jambu’ (Kak Fisha cakap okay hahaha) untuk menjadi cikgu undang-undang. Iyalah kan nak minta nombor telefon ‘class rep’ pompuan pun dah dikatakan nak mengurat siswi walhal senang la keje ‘den’ nak batalkan kelas nanti haha.

Mengajar subjek ‘law’ pada ‘non-law student’ bukanlah sesuatu yang mudah tetapi sebenarnya amat mencabar lebih-lebih lagi nak memastikan mereka faham apa yang daku ajar. Mau tak mahu memang terpaksa dwi-bahasalah jawabnya. Pernah pelajar daku mengomel minta daku mengajar dalam bahasa tapi daku lebih gemar katakan jangan jawab dalam BM nanti sudah. Belum lagi termasuk nak ‘explain’ pada meraka terma-terman perundangan macam obiter dicta, void, legislation, ultra vires, nemo dat dan macam-macam lagi.

Itu baru dari aspek bahasa, nak memahamkan tu satu hal. Jadi apa yang daku buat ialah cuba kaitan sesuatu konsep ‘law’ itu dengan aspek kehidupan seharian. Macam ‘offer and acceptance under contract law’ boleh dikaitakn dengan konsep seharian kita beli barangan atau nak jadi lebih mantap lagi amik saja konsep ijab kabul dalam akad nikah. Ada saja konsep offer and acceptance kan?

Pelajar-pelajar ni ibarat bahan eksperimenku juga. Sejauh mana mereka faham dan belajar dari apa yang mereka dapat dikelas dan daku juga cuba untuk menjadikan minda mereka lebih kritikal. tapi biasalah nak kena suap juga dengan banyaknya baru mereka boleh berdikari. Belajar dengan non-law student ni terpaksa daku terangkan bagaimana hendak mengajar dan teknik menjawab soalan ‘exam’ nanti supaya taklah blur dan taklah mereka nak ngomel macam-macam. Pendek kata, perangai student ni macam-macam, tapi seronok juga tengok mereka ni lebih-lebih lagi bila ‘blur-blur’ tu :D

Yang penting kita melorongkan ilmu pada mereka untuk berjaya kelak. Itulah tanggungjawab paling utama dan daku puas dan syukur dengan kerjayaku sekarang :)