Semalam daku ke Temerloh. Memang dalam ‘plan’ hendak mencari koleksi buku-buku yang dimaksudkan. Tak payah nak pergi Hulu Kelang mencari buku-buku DBP kali ni.

100_2045

Siri Perkembangan Undang-undang di Malaysia terbitan DBP. Tahniah pada DBP kerana akhirnya berjaya mengumpulkan karya undang-undang berbahasa Malaysia yang amat bernilai untuk generasi masa akan datang. Walaupun menghabiskan RM500 untuk semua 14 koleksi tetapi sekurang-kurangnya dapat menjadi sumber rujukan paling berguna lebih-lebih lagi bagi daku di kala mahu memulakan ‘research’ kelak. Walaupun tidak mencakupi kesemua bidang undang-undang tetapi usaha sebegini haruslah dipuji dan sekurang-kurangnya usaha mendaulatkan bahasa kita juga mempunyai hasilnya. Bagi daku, siri ini juga mempunyai beberapa jilid atau judul yang boleh ditambah seperti undang-undang tanah, harta intelek dan antarabangsa awam bagi meguatkan lagi siri ini. Mungkin juga boleh ditambah untuk masa depan.

Cuma agak ralat sikit kerana tiada seorang pun pensyarah undang-undang UiTM yang menyumbang pada 14 siri buku ni. Malahan UPM yang tiada fakulti undang-undang pun turut menyumbang. Apa dah jadi agaknya? Tak taula sibuk ke, tak pandang kepentingan Bahasa Malaysia ke (walhal belajar juga subjek Bahasa Melayu Undang-undang), atau tiada kepakaran (rasanya mesti ada dan ramai bukan?). Bagi daku, perkara sebegini tidak sewajarnya berlaku kerana FUU UiTM juga adalah antara fakulti terawal di Malaysia. Lebih awal dari universiti di celah lembah Gombak itu tetapi sudah mengeluarkan ramai pakar undang-undang negara.

Hakikatnya, suka atau tidak daku hanya mampu melihat cuma, Jadi siapa nak jawab tu?