Sudah dua minggu daku di sini. Pelbagai cerita suka duka sudah berlaku. Tetapi pagi Jumaat ni telah membuatkan daku berfikir seketika apabila membaca ucapan bekas Ketua Hakim Negara semasa jamuan makan tengahari pelajar undang-undang UKM. 8 pengajaran yang diberikannya sudah cukup membuatkan kita berfikir akan betapa banyaknya kelebihan dan nikmat yang diberikan oleh Allah pada kita.
Pengajaran pertama: Kita ada dua tangan. Tak boleh guna tangan kanan, guna dengan tangan kiri.
Kita tidak seharusnya terhad pada satu-satu pilihan sahaja tetapi gunakan pilihan yang ada. Sekiranya bosan atau tidak tahan pada keadaan atau situasi yang berlaku, cari alternatif lain untuk mengatasinya.
Pengajaran kedua: kemanusiaan ada di mana-mana, cuma banyak atau sedikit
Tidak kira siapapun, kewajipan menolong mereka yang susah adalah perlu. Insya Allah kita akan dipermudahkan lagi.
Pengajaran ketiga: Dengan usaha yang gigih, Insya Allah, doa kita akan termakbul
Kita perlu berusaha, samada hasilnya baik atau sebaliknya berdoalah, Insya Allah kerja-kerja kita akan lebih diberkati.
Pengajaran keempat (daripada Tun Mohamed Suffian): “If you can choose between a simple word and a bombastic word, choose a simple word. If you can choose between a short sentence and a long sentence, choose a short sentence. If you have any doubt, delete.”
Jangan serabutkan keadaan, ‘Make life simple’. Hadapi semuanya dengan kenyataan dan tindakan yang wajar.
Pengajaran kelima (daripada Raja Azlan Shah): “If you have no time, make time!”
Cari masa untuk muhasabah kembali dan buat keutamaan atas kerja kamu. Ingat Surat Al-Asr demi masa. Masa amatlah penting dalam hidup. Jadi kalau kamu bosan, buatlah sesuatu yang bermanafaat. Jangan mengular je tau.
Pengajaran keenam: apabila Allah s.w.t. menghendaki sesuatu itu berlaku, tidak ada siapa yang boleh menghalangnya.
Itulah kita hendaklah percaya atas ketentuan Qada dan Qada’. Biar sekuat mana segagah pun kita, akhirnya Allah menentukan segalanya.
Pengajaran ketujuh: bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Malaysia.
Terima seadanya keadaan kita. Bersyukurlah dengan rezeki yang ada dan tingkatkan usaha semoga kita lebih berjaya.
Pengajaran terakhir:get into the main stream and swim in it. Jangan hanya duduk di tebing memerhati arus berlalu. Kita tidak akan sampai ke mana.
Kita perlu masuk dan buat sesuatu, jangan sekadar jadi pemerhati. Ubahlah dunia walaupun usaha anda itu tidak dihargai oleh sesiapa.
Inilah coretan motivasi buat kita semua. Hayati dan fahami ucapan beliau sebagai panduan dan nasihat orang tua pada kita. Ingat:-
“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” – Al-Insyirah: 5 dan 6.

2 comments
Comments feed for this article
November 15, 2008 at 1:42 pm
Fisha
tertarik dengan pengajaran yang keempat tu … Malangnya, menyusahkan orang ni adalah sesuatu yang menyeronokkan …. hehehe
Ya, mulai hari ini saya akan cuba memudahkan urusan orang lain dengan saya! Hait!
November 17, 2008 at 4:18 am
asrilamirul
salam bro,
nampaknya sudah mula mengajar. posting di mana? camne rasanya kerja pensyarah ni? info la aku. emel aku la senang.
asrilamirul@yahoo.com