Saya begitu penat menelusuri susur galur ASEAN apabila membicarakan persoalan demokrasi. Berjumpa dengan penyelia mengatakan begitu sukarnya saya untuk menggunakan pendekatan undang-undang dalam sudut demokrasi di ASEAN. Ya memang betul maka daya telah ‘disuapkan’ dengan beberapa artikel agar kebuntuan saya pecah.

Saya akui apabila membicarakan persoalan demokrasi ini sesuatu yang sensitif. Tahukah anda bahawa demokrasi bukan semata-mata berkaitan dengan kerajaan sahaja tetapi juga meliputi persoalan ekonomi, sosial terutamanya dalam menwujudkan ASEAN Community Caring Society? Sekali lagi saya menjadi geram kerana apabila saya meneliti beberapa ’summit’, ‘report’ dan ‘concord’ berkaitan demokrasi hanyalah semata-mata omongan kosong tanpa dilaksanakan dengan jitu. Isu Myanmar umpamanya, sampai hari ni gagal disepakati malahan saya agak prejudis adakah dengan ratifikasi Myanmar ke dalam ASEAN Charter akan menyelesaikan semua itu.

Terlalu banyak lompong-lompong yang saya lihat dan saya adakalanya menjadi seperti hilang arah dalam menentukan ke mana arah thesis saya. Sehingga Sept ini saya kena pecahkan kebuntuan ini. Tetapi saya harus yakin bahawa tiada apa yang sempurna. Dr. Richard katakan pada saya ‘Don’t worry Ikmal’ dan saya juga agak khuatir kerana jarang berjumpa maklumlah Postgraduate Director. Tetapi saya akui pendekatan beliau sangatlah rileks dan dia memahami kesukaran saya menyusun idea-idea yang bernas.

Itu baru thesis master, kalau PhD entahla, no comment………..