Saya bukan balik dari ‘Kelana Convoy’ tau, cuma balik berkelana dari London dan Coventry. 2 perkara wajib dah selesai walaupun akan datang London lagi lepas ni. Dah macam KL la pulak London kan. Tak cukup dua ke tiga hari, kene jalan lagi sebelum balik membeli belah. Haa ingat ’shopping’ ni sekarang memang tengah ada sale mantap dan murah gila (saja nak api2 kan kaum Hawa ni hahahha) di Primark, Clark, Mark Spencer dan paling best beli perfume kat Harrods. Dah ‘lotih’ den berjalan munggah barang.
Oleh kerana Cik Ernie Mellini bakal ‘lekcerer’ muda kita bertanya pada saya apa cerita Islamic Law Conference di Warwick University lepas maka saya bagilah ulasan sedikit. Mula-mula kami sampai je Warwick Univ sungguhlah besar, ala-ala kampus universiti kat Malaysia jer. Tapi memang aku dan Ernie sependapat mengatakan bahawa Warwick tak best sebab dahla jauh dari bandar,menapak lagi tambahan pula tiada bangunan ala-ala English begitu (ya aku memang suka English building) so mintak maaf la yea Encik Adlan Razak dan semua ‘lekcerer’ yang belajar di sana kerana mengutuk.Hahaha tapi saya akui bahawa Warwick adalah antara universiti yang menubuhkan UKCLE yang terang-terang mempromosikan pengajaran dan penyelidikan undang-undang untuk seluruh UK. R n D yang sangat mantap saya kira.
Ya saya rasa Conference Islamic Law di UK memang agak unik dan menarik kerana di sini kami didedahkan dengan pengalaman mempelajari Undang-undang Islam di sebuah negara yang terang-terang ‘non-Muslim jurisdiction.’ Sebenarnya ia banyak membuka mata kita memahami bahawa kerajaan British sendiri mengatakan ‘it’s highly demand to learn Islamic Law in the context of UK itself’. Dalam wujudnya Islamophobia yang ketara pun Islamic Law masih mampu berkembang begitu pesat dan menarik minat ramai terutamanya dengan berkembangkan Islamic Finance dan juga kenyataan Rowan Archibiscop of Canterbury yang menyokong undang-undang Syarie walaupun kenyataannya diputar belitkan dengan hebat oleh media Britain. Conference sehari ini mendedahkan pada kami tentang modul dan kaedah yang sesuai bagi pengajaran Islamic Law meliputi Criminal,International Law, Zakat, dan sebagainya dari sudut Islamic Law itu sendiri. Yang penting jangan belajar Islamic Law seperti kita belajar ‘black letter’ law tetapi ambillah ia sebagai satu ‘jurisprudence’ dan mengambil hikmah dari apa yang kita pelajari.
Kalau sebelum ni di Malaysia kita agak kurang terdedah kepada macam-macam pandangan dan pemikiran tetapi di sini kita dihadapkan dengan pelbagai idea dan mazhab yang mungkin bagi kita penganut Syafie kurang menerimanya. ANtara isu yang menarik saya perhatikan ialah apabila Prof Naim membicarakan konsep berkaitan dengan Islamic State vs Secular State dan sanggahan daripada wakil kehakiman Iran. Secara peribadi apabila membicarakan konsep negara Islam saya meilhat pelbagai pandangan dan definasi yang diberikan tentang apa itu negara Islam tetapi dalam konteks Malaysia saya berpandangan untuk mengatakan Malaysia adalah sebuah negara Islam adalah terlalu umum dan saya lebih gemar menggunakan istilah ‘hybrid’ kerana walaupun Malaysia mempunyai majotiti penduduk beragama Islam dan meletakkan Islam di tempat yang sewajarnya dalam perlembagaan dan sistem kewangan dan keluarga namun kita ibarat masih dalam ‘dilema’. Jadi meletakkan label Malaysia ialah negara Islam pandangan saya masih kira ia kurang tepat. Memang isu ini agak panas dan adakala boleh mengundang kontroversi namun saya dan Ernie bertuah kerana sekurang-kurangnya kami dapat menerima dan mendengar pandangan pelbagai pihak.
Tak sangka pula boleh berjumpa dengan Mr.Ikhtifar Ahmad, pensyarah undang-undang UiTM Johor dan juga Mr.Edward Phillips dari University of Greenwich yang merupakan graduan LLB Malaya 1980, satu ‘batch dengan AG kita dan penyanyi Sudirman. Apa lagi macam-macam lah gosip. Hahaha…tapi memang bertuah dapat berjumpa dengan ramai ’scholar’ dan mengutarakan pandangan dan idea untuk membangunkan pengajaran dan pembelajaran Islamic Law. Mungkin ada yang sesuai atau tidak untuk diaplikasikan di Malaysia tetapi bagi saya yang penting ialah kami mendapat segala input dan output yang berguna untuk masa depan. Mungkin dengan pengalaman yang sedikit cuma ini dapat saya mengembangkan pengajaran Islamic Law di UiTM kelak supaya ia boleh menjadi sesuatu yang menarik dan mencabar minda.Saya harap begitulah.

3 comments
Comments feed for this article
July 8, 2008 at 1:45 am
adlan
greatness does not depends on the building but on the environment. warwick is one of the best place to learn n experiment n to make mistakes. all these enriches us la rakan selekcerer ku.
Points taken encik adlan my cyber law lekcerer hahahahha
July 8, 2008 at 3:42 am
Fisha
Mungkin boleh ditambah … antara sekian sebab org menolak the ‘real’ islamic jurisdiction disebabkan Muslim sendiri skeptik dan tidak faham apa yang disebut sebagai Maqasid Syariah itu. Bila rational syariah sudah tidak betul dalam pemahaman Muslim, bagaimana mahu memaham orang lain? Ibarat si bingung mengajar si bodoh … bengong terus jadinya …
Rasa terharu bila Lord Chief Justice Lord Nicholas Philip kata Syariah law can play parts in British law …
Kita di Malaysia ni bertekak2 pasal syariah law … hmmm …
Pasal Islamic vs. Secular state ni … such never ending topic … kalau kita adopt ideal-type theory, Malaysia absolutely an Islamic state … tapi … tu lah … takut betoi kalau malaysia ni islamic … salah siapa tu?
P/s: Ai cik abang … berselang bulan tukar cat rumah? banyak duit sungguh no …. :p
Duit takla banyak tapi saja2 nak carik idea baru dan mennyegarkan hahahhaa
July 22, 2008 at 1:44 pm
fiffy
fiffy tgk posts ikmal.. langsung tak faham.. tapi masuk bab shopping kat harrods n beli perfumes…. itu fiffy cepat tangkap.. heee…