Saya bukanlah seorang pengagum Britain yang fanatik seperti segelintir rakyat Malaysia bermentaliti penjajah. Tetapi saya tetap menghargai pengalaman saya di sini yang saya kira amat berguna dan bererti dalam hidup saya. Pesanan Puan R pada saya sebelum berangkat ke bumi Inggeris ini selalu terngiang-ngiang di telinga saya. Jangan melihat baiknya saja pada bumi Britain (yang saya gelar bumi Anglo saxon sebelum ini hahaha) tetapi lihat juga pada keburukan dan ambil iktibar darinya.
Meneliti berita Sistem Gred Britain lapuk yang dipetik sumber oleh Berita Harian dan Watchdog:Degree grades ‘arbitrary and unreliable’ dan Leading article: Degree of classifications The Independant (akhbar kegemaran saya selain Times) saya kira, permasalahan pendidikan di sini juga tidak kurang hebatnya. saya pernah membaca laporan mengatakan bebanan kerja sekolah di Britain adalah paling rendah di kalangan negara-negara EU (patutlah saya peratikan budak-budak ni lenggang kangkung saja datang sekolah semua disediakan kecuali bekalan lunch saja hahaha). Pemalas sangat ke negara maju seperti Britain ni haa? Banyak subsidi? Ya sebab negara Queen E ini adalah negara berkebajikan tau!Penganggur terhormat boleh dapat elaun lagi.
Saya pernah bercakap pada pensyarah saya di sini, kenapa kejam sangat menilai pelajar sarjana hanya dengan 1 esei 100%.(result saya keluar isnin depan doakan semua baik dan lulus,berdebar sungguh saya) Dahla yuran mahal ‘oversea student’ bayar 8100pound walhal ‘Home and EU’ bayar dalam 1000-3000pound je. Mungkin juga Britain terkenal dengan ke’konservatif’nya dan sukar untuk menyesuaikan dengan perubahan. Mana kan tidak EU bawa kereta belah kiri Britain belah kanan. Tak nak guna Euro tapi pound sebab Euro takda gambar Queen E tau. Lagi satu dahla kuat minum arak,busuk nak mampus sampai muntah tepi jalan, peramah tak tentu pasal walaupun sangat baik (gentlemen la kununnya) bila siuman. Boleh keliru jang oii…
Keliru-keliru mereka pun saya tetap memuji mereka kerana berani membuka isu-isu sebegini dengan lantang dan adakala mendedahkan kita pada memahami realiti masyarakat hari ini. Mereka lebih terbuka dan mengalakkan soalan. Perkara pertama ketika saya taklimat dahulu di Hull ialah ‘you come here to question us!’. Melalui ‘question’ itulah mereka mengubah sesuatu menjadi lebih baik. Jadi tidak hairanlah sekiranya budak-budak kecil umur 4 ke 5 tahun sekalipun begitu petah berkata-kata sehingga perjalanan keretapi saya dari Hull-London pun terhibur melihat keletah anak-anak Mat Salleh ni berbicara bertanya itu dan ini. Kalau saya di Malaysia, dah lama kena lempang. Banyak sangat soal ko ni!
Bagi saya, perkara ini harus dilihat dengan lebih positif dan memerlukan kerangka yang bijak untuk mengendalikannya. Saya kira Malaysia tidak harus semata-mata merujuk pada sistem British ataupun USA sahaja terutamanya dalam bidang pendidikan tetapi cuba belajar dari negara-negara lain. Tapi adakala hairan juga yea, kita di Malaysia nak ‘rojak-rojak’ pun tapi masih lagi keliru.Yang positif tak mau diikut yang rakyat Malaysia ni pulak budaya fanatik British yang buruk pun mau diikut.
Sekarang siapa keliru, saya, Malaysia atau Britain???

2 comments
Comments feed for this article
June 28, 2008 at 12:36 am
Ernie
Malaysia pro-British ke American? Jgn lempang budak-budak tak. They are very curious people.
June 28, 2008 at 12:37 am
Ernie
Malaysia pro-British ke American? Jgn lempang budak-budak tau. They are very curious people.
*pembetulan ayat, almaklumla dh ngantok*
Aduss Ernie, aku tidaklah ’sekijam’ itu mau melempang budak-budak, mereka adalah aset kita hehehhe